Monday, January 31, 2011

*click link ini*

p/s: ini je yang aku mampu buat selain terus berdoa agar mereka di jauhkan dari bahana bencana.
Ya Allah bantulah mereka.


Yes! Yes! saya masih berjaga lagi. Ketika ini saya sedang menikmati buah jambu yang aku beli semalam kat desa ilmu. Perut saya bermain lagu gamelan. Lapar gila. Last aku makan pukul 1.30pm bersama mereka. Oh tidak! sangat lapar yang teramat sangat di samping risau dengan keadaan family dan rakan di Segamat. Hope they are doing fine. Dan tak lupa juga untuk rakan2 yang berada di Mesir. Take care! Johor banjir, Mesir huru hara.Ya Allah, lindungi mereka dari bahana bencana. Amin.

Sejarah berulang lagi.

Segamat banjir ma! Last time masa Segamat banjir aku tak dapat tengok depan mata sebab masa tu aku duduk rumah Klang and masa plan nak balik rumah Segamat sudah pun banjir. Rumah aku tak banjir la Cuma jalan utama nak menghala ke rumah aku terchenta tu tak dapat nak di lalui. Sampaikan abah tak boleh cuti sebab dalam zon kritikal. Terpaksalah kerja walaupun terpaksa pergi balik hospital naik helicopter dari padang high school Segamat* sekolah aku dulu*.

 And for the second time Segamat banjir lagi, aku tak dapat nak balik jugak sebabnya aku berada di Bumi Kenyalang menjaga keamanan Unimas terchenta. *ayat nak sedapkan hati tak dapat balik holiday* hmm… nak buat macam mana? Terima jelah dengan redha jannah.



Itulah yang selalu aku dok pk kan. Setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmah kenapa benda itu terjadi. Contohnya, macam sekarang ni lah. Mungkin betul tindakan aku. walaupun instinct aku kuat untuk balik cuti CNY ni, tapi disebabkan factor-faktor tertentu aku batalkan jugak hasrat aku untuk pulang ke rumah even dah banyak kali dah aku bukak tutup page AirAsia sebab tiket tersangat murah gila kentang tahap infiniti untuk pergi balik KL-Kuching, sampai AirAsia tu dah memang jadi front page dalam notebook aku ni. Mana tak nya, 60 hengget ++ pergi balik Kuching-KL. AirAsia buat promotion untuk CNY. Sapa taknak weyh. So, sapa2 yang nak plan pergi cuti-cuti Malaysia kat Sarawak, rajin2 lah tengok page AirAsia sebab AirAsia selalu buat promotion. Kadang2 promotion diorang ni macam tak logic pon ada sebab lagi murah dari tiket bas yang selalu korang naik tu. Haha! Jangan tak caya. Memang bagus tag line AirAsia tu, “now everyone can fly”. Okay! Cukup promote AirAsia and Sarawak.
jambatan ni menghubungkan rumah aku dengan bandar utama di segamat.
kalau jambatan ni tenggelam kritikal lah segamat.
p/s: zaki aku ambik pic ni dr profile kau. hehe


Hah! Sambung story pasal banjir lagi. Ha! Walaupun membuak-buak perasaan jeles aku pada adik beradik yang lain sebab ke-excited-an mereka nak kemas rumah untuk pindah ke rumah baru  tapi aku tabahkan hati jugak stay kat Unimas terchenta ni. aku selalu je miss family events. Selalu macam tu, since aku study kat matrix Malacca lagi. Mestilah ada je salah sorang member family yang tak ada. Haih! Aku nak jugak rasa kemeriahan dan kesengsaraan para mangsa banjir tu kan. Bukanlah aku mintak nak jadi kat aku, tapi aku nak rasa situasi dan keadaan masa tu macam yang Adik selalu cerita last time masa Segamat and Johor banjir besar. Nak merasa kebulor di tahap gaban sebab bekalan makanan terputus, dan hidup dalam kegelapan sebab punca elektrik terputus  sebab banjir. Dan disebabkan banjir jugak kawasan bukit dan tinggi dah macam pulau sebab terpisah dari bandar utama dimana terletaknya makanan2 sedap dan tak berkhasiat seperti McD dan Pizza. Hehe! Aku nak sangat tengok depan mata aku dan rasa pengalaman tu sendiri. apa yang menyebabkan aku teringin sangat2 rasa benda2 macam tu sebabnya kejadian tu berlaku dekat dengan kawasan tempat aku membesar, tempat aku main2, berpoya-poya, beronggeng-ronggeng dari kecik sampai la aku masuk university la ni. sebab berkemungkinan besar aku tak kan dapat rasa benda2 tu semua lagi sebab lepas ni kami sekeluarga akan menetap terus di Klang. Walaupun Bandar Segamat itu takde lah maju sangat macam daerah2 lain kat Johor, tapi pada aku tempat tu gila banyak memory aku dengan family dan kawan2 aku dari aku kecik sampai besar. ish! Tak adil betul pembangunan kat Johor ni. dalam banyak2 daerah, Segamat yang paling lambat membangun. Dari aku kecik sampai besar. Camtu jugak. Panggung wayang dari ada terus takde. Batu Pahat pun lagi maju dari Bandar Segamat. Lately je barulah nak ada Secret Recipe. Ceyh!* MB Johor, sila ambil tindakan drastic.* Bila orang tanya apa yang best kat Segamat? Terkial2 aku nak jawab. Yang aku confirm aku boleh promote yang best kat Segamat ialah JAKEL TRADING! Gedung kain terbesar kat Segamat. Kahkah! Harganya lebih murah dari franchise yang lain. Mari2! Datanglah ke Jakel Segamat. Promosi hebat! *Lokman, sila bagi commission kat aku. aku dah tolong promote Jakel Trading ni. dapat Ariani selai pon okay weyh! Hikhik!* ouh! Sungguh jauh aku melalut dan mengarut.

Dan! Dan! Dan! Aku rasa lagi lambatlah proses untuk pindah rumah sebab kemungkinan besar rumah baru yang terletak kat Kg. Jawa berdekatan dengan rumah Amus tu pun banjir. Haha! 

*amus, phia, zaki, pka! Rumah korang banjir tak?haha! Korang2 yang dah balik ni seronok la yer, sambung cuti sampai jalan utama bukak, and pada yang tak balik lagi, sila duduk di u anda diam2.ngehehe..*

 So, tak dapatlah nak kemas dan angkut barang-barang ke rumah itu. dan! Dan! Dan! Kerja-kerja dan pengurusan kelapa sawit abah yang sudah tertanam dan menjadi perhiasan halaman rumah di rumah dekat jalan kolam air tu pun terpaksalah ditangguhkan sebab sudah comfirm kebun dekat sri rahmat and kg. jawa di tenggelami air. Rasa-rasa macam buah kelapa sawit tu boleh petik sendiri kat halaman rumah kan. Tak payah upah pekerja. Jimat! Idea yang bernas! Haha!

Tapi kan! Tapi kan! Makin beratlah hati abah nak pindah duduk kat Klang. Tak pe, mungkin ada sebab dan musabab kenapa perkara itu terjadi. Dan mungkin juga ianya petanda baik yang memberi jawapan kepada musibah yang menimpa emak. Atau juga mungkin itu petanda kepada kelalaian manusia yang sering lupa dan alpa pada Nya. Satu peringatan kepada aku dan yang lain. Atau pasti ada perkara lain yang Allah nak tunjuk yang kita sendiri tak nampak. Dan! Dan! Dan! Kalaulah aku balik jugak CNY holiday ni, sudah kompom2 aku tak dapat balik Sarawak balik sebab tersangkut dek banjir yang melanda sekarang ni kan. Dan itu yang aku nampak pengajaran dari holiday ni. *lagi sekali ayat sedapkan hati.* Haha! Eh2! Tak2! ni betul2 punya. Aku redha tinggal kat sini untuk holiday ni. Ngee~

Pape pun. Aku doa supaya keluargaku dan seluruh mangsa banjir dalam keadaan yang selamat, di jauhkan dari segala musibah. Waktu banjir macam ni, macam2 perkara boleh berlaku. Abah! Take care! Kerja elok2 okay!
Eh! Eh! Aku lupa daa… Abah dah pencen la on 21st January 2011. Aiya!  *tepuk2 dahi* Happy Holiday abah! Tak perlu bangun awal2 pagi on call if ada case.

Eh! Adik! Kau tahu? Aku kat sini asyik je rindu kau dengan Damia. Kenapa ek? Ish2! Buat aku nak nangis jer taw. Kau buat guna2 kat ak eh? Hehe! Miss you more dear!  

note: tengok2 kaki, Ya Allah,gelap dah kaki aku sejak balik Sarawak. "Kau patut bersyukur kat sini tak banjir macam kat hometown kau", Alhamdulillah.

aigoo!

Eh anda! saya rindu anda sebenarnya. Sebab tu saya call anda wahai my bff. Cuma tak terkata jer. Maaf saya bukan macam tu punya orang suka nak berterus terang. Tapi truely,deeply from the bottom of my heart, I miss you my bff. And saya tak kesah anda nak kata saya gagap2 hari ini, saya punya sukalah okay! haha! Ouh! sila cepat sehat dan senyum dan ketawa. Sebab saya suka bila anda senyum dan ketawa. Anda tahu kenapa? Sebab anda tu suka buat muka ketat dan susah sangat nak senyum dan gelak2. Bila anda gelakkan saya macam happy jer sebab kawan saya happy. Ouh dan dah lama tak dengar anda gelak anda tahu?Rasa macam ada jer benda yang tak kena dengan anda. Anda okay tak? Macam anda ada hiding something jer tadi.  Let gone be by gone. You know what? Life is a process of enduring the boring stuff. You must feel the boringness and the loneliness, sure you know what you need suppose to do.

p/s: miss you babe!

CNY holiday: part 1

Akhirnya! Lepas gian aku nak main bonang setelah berbulan2 lamanya tak sentuh menatang tu. Wah! Sungguh teruja bila dapat main bonang and banyak note yang aku dah lupa. Ngehehe! Spoilt betul! Kacau stim ma! Huh! At least lepas la jugak gian nak main kan. Ouh! Plan CNY? Before this memang tak de plan p mana2 selain Syaza punya plan nak membuang duit dekat area Kuching menaiki bas UNimas sebab nak jimat punya pasal. Haha! Tapi okay juak bha. Jimat ma! Walaupun terpaksa berhimpit2 macam sardine kan. Lalala~

 Hah! Dan sekarang dah ada plan baru untuk mengisi kebosanan dan memecah kebuntuan holiday CNY ni. Dan ia adaalaaaaaaaaaaaaah! tara!
ini adalah real okay! bukan tipu taw.
sebab semua org ingat pic profile aku main bonang dalam fb tu adalah acting semata2.
credit to syaza and kecik

lengang tak de orang.
hari ini tenaga pengajar tak datang sebab hujan dan masa yang sangat limited.

syaza nak ganti awan main gendang.
awan sila jeles sebab aku tahu kau mesti teringin gila nak main menatang ni. =))


Jom main bonang hari2 sampai sengal2 bahu! Ngehehe! *muka bahagia sambil angkat2 kening.* Disamping pintu bilik itu memang sangat susah untuk di buka dan tutup menyebabkan aku terpaksa beradu tenaga dengan pintu itu okay. ceyt! Pintu! Please be nice to me haa? *sambil picit2 bahu.* First time aku bukak and tutup pintu tu, aku kene gelak dengan encik tenaga pengajar sebab aku bajet cool cam good2 jerk tahu macam mana nak bukak dan tutup pintu tu. Dan kenyataannya yang aku kene gelak ialah, pintu tu tak bergerak seinchi pun walaupun aku telah menggunakan seluruh tenaga jiwa dan raga aku. Damn malu aku wey! bajet cool sangat kan kan wirda kan. Haha! Tapi sekarang dah terror dah sebab encik tenaga pengajar dah ajar skill2 macam mana nak bukak dan tutup pintu tu. sekali tolak jer dah terbukak dan tertutup pintu. ceyt! masih nak berbangga lagi tu kan.macam good2 jer kau kan. But yet still bahu aku sakit2 sebab daya tolakan yang diberikan adalah sangat terlebih dan terover dari yang sepatutnya. *Encik2 Bayu, sila tukar pintu yang cantik!* haha! Dan sebab hari ni encik tenaga pengajar tak datang aku pun mengambil kesempatan menggunakan skills yang aku intai2 and tengok2 dari encik tenaga pengajar, Gedik2 konon2 nak main cara profesional, tapi note lagu pun tak hengat lagi. Berangan jer lebih. Tapi tak pe jannah! Practice make perfect. Ada banyak masa lagi. Seminggu ma cuty. Gunakanlah peluang yang ada sepenuhnya. Bukan senang nak dapat peluang macam ni kan.

note 1 : susahlah kalau kunci bilik gamelan tu aku yang pegang kejapkan. hari2 aku ketuk bonang.Haha!
note 1: tadi kami hampir ditinggalkan bas. nasib baik driver bas tu nampak kami berlari-larian. kalau tak jalan kaki lah kau!

p/s: psssst! tqvm to encik tenaga pengajar.

Wednesday, January 26, 2011

motifffff???

note* :Sila baca dengan nada yang sangat tenang.

Ouh! Anda! Anda! Anda! Dan anda! Sudah2 la tu membikin cerita. Aku sudah penat dan capek dan lelah dan menyampah dan annoying dan rasa nak mencarut bila benda lama di ungkit2. Let pass be by pass la. Kau ingat kau sorang je ada mulut? Aku takde mulutlah? Eh! anda? Saya bukan jenis nak simpan dendam kea pa kan, tapi kan anda, anda tahu, anda buat saya rasa annoying gila bila tengok anda. Anda rasa anda bagus sangat ke anda? Kalau anda rasa anda bagus sangat tak perlu nak publish benda yang tak sepatutnya. Anda pernah belajar sivik tak? Anda rasa kalau anda publish perkara2 macam tu anda tak menjatuhkan maruah orang lain ke? Anda memang sangat annoying tahu? Anda tahu?? Anda tak tahu? Okay! sekarang saya bagitahu anda, anda sememangnya sangat annoying. Ouh, tapi kan anda, anda tak rasa anda tu hipokrit ke? You pretend like you care but then, the truth is you talk behind my back? Ouh! Anda tu memang sangat hipokrit. Yes! Anda seorang yang hipokrit. Tak apa kalau nak hipokrit sebab nak jaga hati orang lain, tapi bila dah terpampang benda yang tak sepatutnya, anda rasa anda tu jenis orang yang pandai jaga hati orang lain ke? Dan dalam bahasa kasarnya, itu adalah sangat gampang okay! okay! cool2!fuh! fuh! keep calm.


 Ouh! Anda! Anda! Anda! Dan anda! Kenapa perlu babitkan orang lain. Tak perlukan? Sebabnya, saya tak rasa pun saya ada cari pasal dengan anda. Tak kan? Saya rasa saya tak usik pun hal personal anda. Kenapa ek anda? Anda rasa anda tak puas hati dengan saya ke? Kalau anda rasa tak puas hati, silalah tampil kehadapan, datanglah Sarawak( ouh, itu terlalu melampau la plk kan), call atau sms saya. Anda ada number phone saya kan? Kita settle baik2 okay!  Ouh! Ouh! Atau anda ni jealous dengan apa yang saya ada sekarang? Sampai anda perlu cakap macam tu in public. eh! Kejap2! perlu tak aku rasa aku explain menatang OOP ni?? Tapi macam ada kene mengena jerk. Okay! xpelah. meyh aku explain and share sikit apa yang aku belajar dalam OOP aka c++ in object oriented programming . Macam yang saya belajar c++ in object oriented programming. Ada  yang patut kita publish pada public and ada jugak kita kena letak kat public. Anda tahu kenapa ada yang patut letak kat public and ada yang patut letak kat private? Sebabnya, itu adalah hak yang anda memang tak layak dan tak patut display kat public, dan hak yang anda cakap itu adalah personal dan private seorang saya.Lebih kurang begitulah yer conceptnya. Okay sudah! back to the story.

annoying people is prohibited in this area!

  Ouh! Anda! Tolonglah jangan buat saya annoying pada anda. Anda tahu tak itu satu benda yang salah? Anda tahu kenapa ianya salah? Okay! Saya bagitahu sebabnya. Sebabnya anda telah membuatkan saya rasa annoying gila bila tengok anda, dan telah membuatkan saya rasa sakit hati dan berkecil hati, dan terasa hati dan telah pun menambah dosa saya yang sedia banyak2 ini kepada banyak banyak banyak. Perkara yang anda telah lakukan itu telah memberikan implikasi yang sangat buruk keatas diri saya. Okay! Dan ayat yang di bina itu adalah sangat skema. Ouh! Okay! Itu sahaja anda. Saya tak nak simpan apa2 perasaan yang busuk dan benyek dan tak best dan menyampah dan sebagainya. Anda juga manusia, saya juga manusia. Seringkali melakukan kesilapan. Tapi as long as anda sedar dengan silap anda, anda tahu kan bagaimana nak ubahnya?  Do not talk behind my back! Okay!

Friday, January 21, 2011

it's your birthday abah!

HAPPY 58th BIRTHDAY ABAH!
You’re the best dad I know.
A father that I love and respect.
You teach me.
You guide me.
You protect me.
I’m thankful I get to watch you.
I’ve learned many important life lessons from you.
I want to make sure you know, I admire you sincerely and love you dearly.
And those feelings continue to grow.
I saw your wisdom, your courage.
You’re strong and smart and filled with love.
 A gift to me from up above.

Ya Allah, di hari yang berbahagia ini, Kau kurniakanlah kebahagian di dunia dan akhirat ke atas diri abah. Kau panjangkanlah umurnya, murahkanlah rezekinya. Kau berikanlah ketabahan, kecekalan, kekuatan, kesabaran, ketenangan, kemudahan, kesenangan diatas segala dugaan dan cabaran yang bakal, sedang abah alami. Kau berikanlah ku kesempatan untuk aku terus membahagiakan dirinya. Semoga aku akan sentiasa mendapat melihat senyumannnya.
I LOVE YOU MORE ABAH!

With love,
Anak abah...

Monday, January 17, 2011

Ya Allah. Terima kasih atas kurniaanMu, aku masih lagi mendengar tawanya. Terima kasih ya Allah. Alhamdulillah. Walaupun dia hanya mampu memberi salam dan memberikan senyuman dan tawanya, itu sudah cukup menjadi penawar dan menggembirakan hati aku.

With love…
Anak mak…

Saturday, January 15, 2011

mushroom soup!

Waktu-waktu petang yang sejuk lagi dingin begini, sangat indah bila dapat menghirup mushroom soup yang panas bersama garlic bread atau roasted bread. Di tambah pula bersama hot coffee. 0Uh! Itu sangat menggiurkan.

Mood: Grrrr! Aku bosan duduk dalam bilik tanpa berbuat apa-apa. Esok ahad? Mahu bikin apa?

Friday, January 14, 2011

Penakut

Aku sudah lama tak berborak dan chat dengan seorang sahabat aku ni. Tadi aku sempat berchating dengan dia sekejap. Dia suruh aku dengar lagu ni. Aku pun tak faham kenapa dia suruh aku dengar lagu ini mulanya. Lama juga aku blur.ouh! Sekarang baru aku faham apa yang dia maksudkan. Terima kasih kawan. Kau sangat memahmi diri aku.


Yuna- Penakut


Tak semua kau rencana akan berlaku
Mungkin nasib tak menyebelahi aku
Entah mengapa engkau yang aku cinta


Mungkin lebih baik kau ku lepas saja
Ini tidak adil tidak adil baginya
Ini tidak adil tidak adil bagiku 
Ini tidak adil
Untuk kau bertanya jika ku mencintaimu juga


Tidak adil tidak adil baginya


Kau tak pernah cuba memahami aku
Cinta kau ucapkan tak pernah engkau tunjuk
Dan bila tiba saat ku kehilangan
Beban yang tak pernah kau cuba ringankan


Bukan milikku


Dan aku memang penakut 
Mengakui cinta kepadamu
Seribu kali ku cuba ucapkan
Bila bersamamu
Kau bukan milikku
Dan engkau pun tahu
Kau bukan milikku



Pantun 1

MEE KOLOK vs MEE POK

p/s: aku lagi suka mee pok dari mee kolok. tapi sebenarnya sama je. mee je yang lain. kalau sama tak adalah kelainan kan. dan kalau sama, tak adalah panggilan mee pok dan mee kolok. lolz! (tepuk2 dahi)

note: double meaning. atau dalam maksud tersurat, pergi makan mee pok dan mee kolok. bezakan mee pok dan mee kolok. anda tahu kelainannya.

mood: today is better than yesterday

Wednesday, January 12, 2011

pacek dan macek polan...

Aku tak pernah cerita benda yang agak peribadi pada orang yang aku tak kenal terutamanya perempuan. Yelah. Nama pun perempuan. Tahu jelah perangainya sebab aku juga punya naluri seorang perempuan. Tapi ada seroang budak perempuan ni. Aku tak pernah jumpa dia even sekali pun. Tak pernah bersemuka langsung pun dengan dia. tapi aku dah anggap dia macam kawan aku sendiri. Bercerita dengan dia macam aku dah kenal lama sangat dengan dia. macam dah biasa borak dan berbual dengan dia. padahal kami hanya text sahaja. Aku kenal dia pun sebab adik aku si polan tu. And maybe because she’s his girlfriend. But then that’s not the point I friend with her. Aku tak tahulah. Tapi aku rasa selesa bila bercerita. Since we’re friends, so aku tak kisah la kalau dia nak share apa-apa dengan aku. even aku rasa macam banyak benda yang aku simpan dari aku bercerita dengan dia. tapi aku tahu dia jujur dan lurus orangnya. Kalau kau cerita benda yang banyak maksud tersirat dia tak akan faham. So, bila nak bercerita pengalaman dan nasihat kena straight forward. Tu lah aku kata dia tu lurus. Aku hanya bermadah-madah dengan encik polan si bf dia sebab dia pun dah faham aku macam mana so aku tak ada masalah kalau nak bercerita dengan dia. sebab yang aku kenal dia, he won’t judge me suka hati dia. he always think first before he talk. And tu yang paling aku respect dia.
Yang si gf dia nilah yang selalu bercerita. Aku hanya menjadi peneman dan sahabat yang mendengar luahan rintihan seorang sahabat dan adik. So, aku hanya menjalankan tugas sebagai seorang sahabat yang mengambil berat terhadap rakannya. Mungkin juga aku ni di lahirkan untuk menjadi seorang pendengar yang baik? siapa tahu?(perasan lebih). Bukan perasan tapi aku baru sahaja perasan selama ni memang aku bersikap begitu. Atau mungkin aku perlu ubah sikap aku? bukan ubah sikap untuk tidak menjadi pendengar yang baik, tapi ubah sikap supaya jadi lebih berhati-hati, lebih berwaspada akan setiap tindakan yang akan atau bakal aku buat dan orang lain buat pada aku. Yes! I should think that thing first! So I won’t get hurt. It was only just bringing me pain if I don’t do so.  

Pada korang dua orang, adik-adik aku aka sahabat aku, aku doakan jodoh korang dipanjangkan. And semoga aku dapat makan nasi minyak korang nanti. InsyaAllah. Amin. Kalau bukan jodoh korang pon, korang akan tetap jadi sahabat aku paling best. Cuma kau je makcik polan. Pesanan penaja dari aku, jadi orang ni jangan lurus sangat. Tengok sekeliling. Kau beruntung sebab ada pacek polan yang jaga kau. Tapi aku nak kau ingat nanti bila kau sendiri, kau seorang kau kena fikir semua itu. pada pakcik polan, sila jaga makcik polan baik-baik. ajar dia apa yang patut bagi seorang perempuan tahu. Tak pun suruh dia tuntut ilmu dari aku. Haha. Heart you guys babe!

Monday, January 10, 2011

azam baru

Tidur awal mestilah kena bangun awal kan?
Semoga hari esok memberikan aku semangat dan nafas baru supaya aku lebih tabah dan sabar dengan dugaan yang telah, akan dan bakal aku hadapi. 
InsyaAllah. Amin.
Selamat Malam! =)

mood: healing myself

Sunday, January 9, 2011

Sejak pulang Unimas, setiap kali aku makan pasti, sure dan wajib aku pergi ke toilet. Erk! (Anda faham kan maksud saya?) 
Why? Dan aku baru saja keluar dari toilet membuang sisa-sisa toksik. Hari-hari macam ni parah la aku. erk!

21 credit hour bai!

Rasa macam kembali ke alam matrix!



tapi apa pun, even matrik tu pack tapi matrik tetap di hatiku. aku rindu matriklah!

p/s: deeba aka deeb aka nur adibah latip dah ada fb!haha. kau touching ngan aku ke deeb sebab aku cakap aku rindu gila kat kau? tapi seriously, aku rindu kau sangat2 la deeb. heart you babe!

mood: revise maths semester 1 and semester 2. aku lupa sudah! cik hasrina, saya rindu anda la. tolong ajar saya balik maths. ngee~
*tu lah kau, masa kat matrik tak nak belajar betul2, ambek kau!

Tuesday, January 4, 2011

About a day before I leave my sweet home. OMG! Boleh tak saya tak nak balik? Lepas ni, cuti paling hampir, bulan 5 la. Cuti paling dekat pun Chinese new year. Kalau ada duit lebih aku balik la, or tiba-tiba ada orang nk sponsor ke?hehe( berbunga-bunga hati kejap). Kalau ada la. Kalau tak bulan 5 nanti baru aku balik. Lamanya! Tinggal sehari jek! Rabu dah balik dah. Barang tak packing lagi. Barang pun ada yang tak beli lagi. Beronggeng jer keje aku time cuti ni di samping menambahkan berat badan sebab asek makan jerk an.ngeah2. aku tak de pun rasa bosan yang melampau sangat macam yang kawan2 dalam fb rungutkan sebab setiap masa aku ada jer kerja yang aku boleh buat selain online. Dak damia delisha tu banyak sangat membantu aku, mengurangkan sedikit banyak pain yang aku rasa aku sendiri tak dapat nak tanggung sendiri. Sedikit sebanyak membantu aku untuk melupakan sebentar masalah2 yang aku rasa aku tak patut untuk terlalu berfikir sangat. At least, cuti ni heals me a lot la. Even sometimes(sometimes ke?macam x je,,) aku terfikir semua yang aku tak nak fikir. Argh! Dah la. Don’t think too much. I have nothing much to write. Aku ok jer. Bak kata wirda, “bajet cool je la kan”. Hehe. Thanks a lot budak kecik yang aku sayang sangat. Ty Jane sayang icha sangat2! Jangan nakal2 ok. Jaga nyayi nanti taw. Sayang icha taw! Ty jane rasa rapat sangat dengan icha. Boleh ke nanti nak berdepan dengan icha kat airport nanti. Ty jane takut jer ternangis depan icha. Hope everything will be ok. Icha jangan nangis taw, ty jane nangis jugak nanti. I love you muchie2 icha!

jadual flight aku untuk rabu ni

bowling part 1 with my lil sis,adik n kak cik

bowling part 1: with the tecik2

makan2 part 1: early semester break

jalan2 kecil part 1: window shopping with my big sis~klang parada& JJ bukit raja

jalan2 kecil part 2: xmas at JJ bukit tinggi

jalan2 kecil part 2: xmas eve at JJ bukit tinggi

jalan2 kecil part 2: xmas eve at JJ bukit tingg

bowling part 1: klang parade, with cousin

jalan2 MAHA: early semester break with ma sis n brother in law

bowling part 2: klang parade! best

bowling part 2:klang parade

bowling part 2: klang parade, me-jane

with icha after bowling part 2

jalan2 part 3: tasik shah alam. with cousin

jalan2 part 3: tasik shah alam

jalan2 part 3: tasik shah alam, jog with icha

jalan2 part 3: tasik shah alam

jalan2 part 3: tasik shah alam
jalan2 part 3: aquaria shah alam, ais eyman with the fish

mandi2 di pulau indah part 2: pencarian kepah

mandi2 di pulau indah part 2: pencarian kepah, masak berlada

jalan2 part 3: aquaria shah alam

jalan2 part 3: tasik shah alam

jalan2 part 3: tasik shah alam

jalan2 part 3: tasik shah alam,jumper

jalan2 part 3: tasik shah alam

Saturday, January 1, 2011

HB dd!

Happy birthday Nur Diyana Faisal aka DD!! 
Welcome 20’s!
May the nicest and sweetness come to you way.
May your all wishes come true.
Wish you would be given whatever you heart desires
May our friendship last the longest.
You made your 20 years today.
Thanks God for brought us together today.
Hope we will always be united.
And tomorrow will become a fond memory.
HAPPY BIRTHDAY DD!!!
Heart you babe!