Tuesday, April 26, 2011


Hilang dah craving for sardine

macam tak de benda lain yang aku nak ngidam.

p/s: thank you very much! 

Aku, Manusia ni dan Manusia tu


Aku rasa dalam banyak-banyak paper yang aku ambil semester ni, paper bahasa melayu paling susah.  Walaupun baru lepas satu paper.haha!Sebab pertama, aku dah lama meninggalkan zaman sekolah. Terasa bangang yang amat sampaikan tatabahasa yang paling simple pun aku tak tahu kat mana kesalahannya. Sebab kedua, dari zaman sekolah sampai la masuk university la ni, aku rasa semua cikgu bahasa melayu gaya penyampaian dan percakapan dia sama je. Hehe! 

Tapi pape pun aku sayang sangat dengan pensyarah BM aku kat sini sebab dia selalu buat lawak sampai aku rasa nak pecah perut tambahan lagi dengan mimik muka dia yang rock slumber macam tak de perasaan, sikit pun tak nak gelak walaupun aku rasa gurauan dan perlian yang dia buat memang patut di senaraikan dalam raja lawak. Aku rasa macam nak suruh dia p audition raja lawak pun ada. dan setiap kali ada kelas BM, aku rasa macam sangat rugi bila aku terponteng kelas dia. sebabnya macam rindu giler je nak dengar perlian dan gurauan manja dia. walaupun kadang-kadang aku mengantuk yang amat dalam kelas dia, tapi tu aku tetap nak p kelas dia sebab entah. Aku assume dia mesti cari aku, manusia ni dan manusia tu dalam kelas. Mesti dia rindu nak tengok muka aku, manusia ni dan manusia tu sebab aku rasa la kan, ni yang aku rasa dan perasan sendiri tak tentu pasal la kan, dalam kelas tu tak ada orang pun nak gelak kuat-kuat macam haram macam aku, manusia ni dan manusia tu gelak. Semua cam bajet2 comel and cun dan kacak je bila gelak. Bila time aku, manusia ni dan manusia tu gelak, tak yah cakap la, kalau dah tergelak tiba-tiba aku, manusia ni dan manusia tu akan  malu sendiri sebab orang lain semua tak gelak macam tu. Haha! Tu lah sebab aku rasa la kan kalau aku, manusia ni dan manusia tu tak datang kelas, mesti puan tu rindu, tercari-cari dan mesti kelas tu sunyi dan sepi tanpa gelak tawa hila aku, manusia ni dan manusia tu. Tu lah aku rasa macam rindu je nak tengok muka slumber dan cool puan pensyarah. Apa-apa pun terima kasih kepada puan pensyarah sebab dah mengingatkan aku kembali bahasa melayu yang aku banyak dah lupa dan rosakkan penggunaan bahasanya sejak aku tinggalkan zaman sekolah.

p/s: aku cakap je, aku tulis entry ni pun melambak-lambak, bersepah2 berduyun2 kesalahan tatabahasa yang aku dah buat. Aku rasa macam nak usulkan supaya group assignment untuk semester akan datang, cari kesalahan tatabahasa dalam mana-mana blog. mesti ramai orang dapat full mark untuk assignment tu. 

note: kalau aku jadi cikgu bm apalah akan jadi kan?

Monday, April 18, 2011

Situasi itu...

Takut untuk aku bermain dengan perasaan sebab takut diri di sakiti. Bukan aku tidak punya perasaan tapi waktu itu belum tiba lagi. Kadang juga aku terfikir mengapa hidup aku sunyi dan sepi. Ah! Persetankan semua itu kerana semua itu hanyalah mainan syaitan yang selalu mendesak dan menghasut diriku untuk menurut kehendak hati dan nafsuku. Kadang aku rasa mahu saja larikan diri dari situasi ini. Lari sepantas yang mungkin, sejauh yang mungkin supaya aku tidak berdepan dengan situasi ini. Situasi yang sentiasa menakutkan aku, mengusutkan setiap compartment pemikiranku lantas menyebarkan virus-virus dan merosakkan program-program dalam compartment yang ada. situasi yang akan menyakiti seluruh jiwa dan raga aku. situasi itu sengaja aku tutup untuk insan yang berjantina ‘dia’, ‘dia’ dan ‘dia’. Angkuhkah aku? egokah aku? kejamkah aku? membuatkan insan seperti ‘dia’, ‘dia’ dan ‘dia’ berhenti berharap kepada insan yang sengaja menghalang dirinya dari terjebak dalam situasi yang tak dingininya. dengan alasan hanya ingin menjaga hati sendiri setelah hati ini dirobek, di toreh, di perkotak katik oleh mereka yang berjantina seperti ‘dia’,‘dia’ dan ‘dia’. mungkin juga benar apa yang berlaku di sebalik situasi ini. Aku ada DIA yang lebih menyayangi aku. menjauhkan diri aku dari situasi itu dan ini supaya diri ini dekat kepada-Nya. Mungkin juga ia satu petunjuk dari-Nya, supaya sentiasa mengingati-Nya, supaya aku tidak alpa dengan-Nya, tidak lupa pada-Nya bukan hanya ingat terhadap-Nya bila mana aku rasa sunyi, kosong dan tiada tempat mengadu.  

p/s: ERROR! Your program is denied in my compartment. Your program will be terminated

Saturday, April 16, 2011

Brain storming


 Minggu tok bermulalah study week bagi kamek orang di Unimas. Paper kamek start pada 25 April dan berakhir pada 5 May. Heaven gilak dapat habes awal nak? *Haish! Jan! jan! bukannya exam di pikey nya, sibuk si pikey time balitnya* tapi, masalahnya, walaupun abes awal dari sidak lain, kamek tetap juak pulang paling lambat even kamek beli tiket paling awal dari sidaknya. Tiket kamek is on 14th of May. Kamek abes exam on  5th of May. Apa lah mok di polah seminggu kat sitok? Mun sik perlu keluar duit sik apa, tapi nang confirm, mesti dan wajib keluar duit untuk survive dalam seminggu tok. Mun kamek beli tiket gik, haih! Sik sanggup kamek. Sik berbaloi! Mun duit tiket ya sik pakey duit kamek sik apa, boleh gik kamek consider beli tiket baru. Buntu kamek mikey apalah mok di polah kat sitok. Mun lah boleh ditukar daun jadi duit. *okay! sik logic langsung*. Hmmm… ada sik sebarang idea or activity yang kamek boleh polah untuk seminggu tok?

Note: situasi ni buat aku nak cari scandal je kat sini. Haha! *kau jangan buat perangai jann! Tak baik! apa2 nak buat ingat mak abah. That is totally not your style jann!*

Empty @ empp with SMK Simunjan


 Cam tak best je tajuk entry ni. haha! Okay. tapi tu lah ceritanya. Aku dan beberapa ahli gamelan yang lain *encik Z, cik “Z”, Cik S dan encik tenaga pengajar * telah berpeluang mengajar adik2 comel dan kacak ni bermain gamelan. Comel ke? Ada la sorang dua yang comel. Haha! *bujat kau jann!.  Tapi Even sekejap tapi best la. 
*apa yang tak best dalam hidup kau jann? semua kau citer kau cakap best! “kau diam hati kecilku! Aku punya suka la, cerita aku! haha!”.

Kau dorang nak gaduh p main jauh2. Back to the story. Macam biasalah, kalau ada event macam ni mestilah start pepagi buta kan. Walaupun pukul 10 tu bukanlah dikira sebagai pagi yang sangat buta, tapi pagi yang telah celik dek panas matahari yang menyebarkan haba dan bahangnya, tapi pada aku memang dikira pagi buta la. Dan macam biasa, dan normal la kan. Janji melayu. Janji pukul 9.30 sampai pukul 10.30. okay! itu normal lah kan memang selalunya aku yang akan tunggu ‘dia’ dan ‘dia’ dan ‘dia’ lagi kan. Nasiblah ada staff yang rajin dan menepati masa macam abg J *bukan nama sebenar*. Dapatlah menyejukkan hati yang panas dengan aircond dalam bilik gamelan tu. 

Bebudak tu datang dalam pukul 11 camtu. Buat preparation susun instrument yang ada sikit. Dan macam biasalah encik tenaga pengajar bagi briefing sikit pasal gamelan and blah blah. And pada masa yang sama, bukan setakat budak2 sekolah tu je yang belajar, aku pun belajar juga. Barulah lah aku tahu nak main semua alat muzik tu ada 4 cara yang berbeza.* Ouh! Duhal.* dan aku sedar banyak lagi perkara yang aku nak belajar. Semester ni macam sangat pendek je sampai aku rasa banyak lagi yang aku tak habis explore. Dan selepas mengajar dak2 kecik tu main serba sedikit alat2 muzik gamelan, giliran kami pula mempertontonkan persembahan untuk mereka. Sebenarnya, tak de plan pun, encik tenaga pengajar yang mandai2. Haha!

Lagu di pilih, topeng. Haha! Yang malunya disini ialah, aku yang pilih lagu tu dan aku lah yang buat spoiler. Kakaka! Bukan spoiler apa, masa nak starting intro tu tetiba aku lupa. Seriously, jarang aku lupa lagu topeng sebab antara favourite songs aku. tapi maybe sebab ramai gila yang menonton, depan2 pulak tu, jadi macam semua note lagu2 lain bercampur aduk. Haha! *ceyh! Alasan semua tu jann. Tak yah nak cover line* Lepas trial kedua baru aku dapat ingat note yang betul. Memalukan. Tapi tu semua experience kan. Aku tak kisah orang nak assume apa masa tu sebab aku pun masih belajar untuk main bonang dan perform yang terbaik untuk orang. Tak semua orang dapat rasa apa yang kita rasa. And perasaan gugup tu memang ada tiap kali nak perform depan orang. Bezanya sama ada gugup melampau2 yang amat atau cool2 je. Hehe! Tapi kalau bajet cool lagi best!  Tak tahulah lepas ni macam mana pulak gugup aku. wait and see je lah entry seterusnya.