Thursday, August 25, 2011

20 Ramadan 1432 = 20 August 2011




20th August 2010

with all of them

20th August 2011

with all my sayangs and all crew of BHS
p/s: thanks for all the wishes. Really appreciate it.

Wednesday, August 24, 2011

Cuba letak diri sendiri tu kat tempat orang lain.
Fikirlah sikit perasaan orang lain.
Jangan nak jual ikan sangat boleh?

Friday, August 19, 2011

HE's The Greatest!


Ouh! Sangat tak bersedia untuk pulang ke bumi kenyalang. Tak puas lagi duduk kat rumah ni, macam ada something missing yang belum aku laksanakan. Tapi sungguh saya tak tipu, saya rindu dengan periuk2 kuning itu. tapi saya tak nak balik lagi. Boleh? Ouh! This time saya tak balik seorang diri, ada adik yang menemani saya. She got the same university as me but different faculty.  At least, ada lah tempat aku nak berteduh sebab aku tak dapat college. Takdelah aku merempat kat bilik kawan2 aku kat sana nanti kan. Terima kasih la pihak unimas atas pengurusan yang ‘sangat’ berkualiti. Terima kasih sangat dua. And thanks ya Allah sebab dah tunaikan apa yang aku mintak selama ni. Alhamdulillah. Bulan yang sangat barakah. Rasa sangat nikmat dengan rahmat ni. Gembira sangat dua. Syukur Alhamdulillah.

Note: plan nak balik raya haji, agak2 abah bagi tak? *belum balik Sarawak lagi dah pk nak balik lagi, sungguh lah kau ni jann, membazir sangat dua.

p/s: pegawai jpj hari ini semua sangat handsome. Aaaauuuw! :D Terima kasih luluskan saya. Yiiipppppie!

Tuesday, August 9, 2011

Perfectly describe what I feel right now


I was smiling and laughing early this morning. But something came up. Something that I cannot avoid and I have to face it and I’m trying to accept it. I feel down, I feel less confident, I feel sad, really feel bad. But at least I have started my day with really big smile and laugh. And at least it heals the pain I’m feeling inside. Thank you to that person.


p/s: you’re a part of my day. Thanks for making me laugh.  

Allah will never hurt us


Kadang kala kita kena redha dengan apa yang kita dapat. Kadang tu kita rasa kita dah cukup berusaha, cukup yakin dengan apa yang kita usahakan, tapi di takdirkan kita gagal. Dalam waktu tu apa yang kita perlu buat  adalah redha. Redha dengan ketentuannya. Kerana tak semua yang kita mahukan akan pasti jadi milik kita. Dalam keredhaan di situ pastinya ada keberkatan. Keberkatan yang hanya tak semua orang rasai. Nikmat itu sesungguhnya sangat sukar untuk diungkapkan dengan kata. Allah itu Maha Adil. Ada manusia yang apabila dia meminta sesuatu dan usaha, Allah terus bagi, terus rasa nikmat itu. ada juga yang Allah nak uji kesabaran dan keimanan seseorang itu. setelah berusaha sehabis baik tapi Allah masih lagi menduganya. Bukan sebab Allah tu tak berlaku adil, Dia Maha Adil, Maha Bijaksana, tetapi anggaplah dugaan yang diberikan itu adalah untuk kesenangan kita pada masa hadapan. Aku pernah terdengar ungkapan yang berbunyi, semakin kita diuji dengan dugaan, semakin dekat kita dengan rahmatnya. Dan perasaan bila di duga itu hanya Allah saja yang tahu, hati dan perasaan bagai diremuk, berkecai, punah harapan dan keyakinan yang dibina, seolah-olah merasakan bahawa diri itu seorang yang malang. Jangan! Jangan sesekali berfikiran begitu. Positifkan diri. Sudah termaktub apa yang tertulis. Buka hati, doalah sebanyak yang mungkin kerana Allah itu Maha Mendengar, Maha Memelihara, Maha Mengasihi segala apa yang kita lalui. Sempena dalam bulan ramadan ni, berdoalah sebanyak yang mungkin, kerana bulan ramadan adalah antara doa yang mustajab. InsyaAllah.Aku redha ya Allah.

 

Note: good luck for this coming test jann!  I know you can do the very best.penyakit gabra yang memang susah untuk aku atasi. Ya Allah, bantulah aku.

Athazagoraphobia

 note: I'm not having this but am I being forgotten? I hope I'm not.


p/s: terima kasih :D