Saturday, April 14, 2012

Sentap Bengang dan Bengong


Rasa macam tak nak balik! Handphone aku kene rendam air laici. Argggh! Semua benda dalam handphone tu. Handphone kesayangan. Ohmai. Hiduplah kau handphone. Please!

                                                                                                                         

Thursday, April 12, 2012


When the time is not right I must say NO even my heart say 
“YES I DO!”

 
"Ya Allah sekiranya jodoh aku jauh, kau dekatkanlah. Sekiranya jodoh aku sukar, kau permudahkanlah dan jodohkanlah aku dengan jodohyang soleh. Ya Allah dekatkanlah diriku dengannya sekiranya dia jodohku dan sekiranya dia bukan jodohku, maka jauhkanlahku daripadanya. Serta peliharalah daku dari kekecewaan andai dia bukan jodohku."

Sunday, February 19, 2012

As I promise. Here the output! aku gagahkan diri jugak post picture ni. Walaupun malas yang amat nak update blog. tapi sebab dah janji xleh mungkir janji. walaupun x semegah mana hanya mereka yang faham je betapa peritnya nak buat bentuk2 ni. menguji kesabaran. Hah! Malas bebel, ni ha dia hasil yang di present.





credit to syaza,aishah,ika,pika

Monday, February 13, 2012

Actually its not! He's still in my brain compartment. Pergilah kau deskriminasi hati.

Saturday, February 4, 2012

Laksa Sarawak & Terubok Ikan Masin

Hello readers! Korang suka makan? Nak try benda baru? Haa! So why not you guys try this products : LAKSA SARAWAK dan TERUBOK IKAN MASIN.

Haa! Ada beberapa sebab kenapa korang patut try makanan ni? sebab yang pertama, makanan ni memang sangat sedap. Memanglah sedapkan, kalau tak sedap taklah saya promote kan. Okay tersangatlah rugi kepada mereka yang tak  nak try makanan ni. Bagi penggemar ikan masin boleh la try ikan masin terubok ni.  kat area semenanjung ni memang kurang ada terubok masin. Selalunya ikan masin kat semenanjung ni guna ikan parang, tenggiri,sepat, gelama and etc. tapi di Sarawak terubok masin sangat special. Sebab tu ianya terkenal kat Sarawak.



Sebab yang kedua, harganya sangat murah! I tell you Mana nak dapat ikan terubok masin dijual dengan harga bawah RM 10 kan.  sebab tu kalau mana2 pelancong yang datang ke Sarawak pasti tak akan melepaskan peluang beli ikan terubok masin ini.Kadang2 tu sampai berkotak2 diorang beli tau sebab harganya yang sangat murah berbanding di semenanjung.  Sebab ketiga, korang tak payah susah2 nak datang Sarawak berabis duit semata-mata nak beli ikan terubok sebab akan ada orang yang tolong poskan untuk anda. Senang kan.So jangan lepaskan peluang ini.
Haa! Dah beli nanti mesti korang terfikir nak masak apa la ikan terubok masin ni kan. So kat sini aku nak share la sikit resipi2 yang selalu aku buat kat rumah sebab family aku ni memang penggemar ikan masin. Menjadi favourite abah untuk makan ikan terubok masin masak lemak cili padi. Pergh! Memang mengancam kalau buat pedas2 dimakan dengan nasi putih panas, sambal belacan dan sedikit ulam-ulaman macam ulam raja, kacang botol,pegaga, petai dan ulam2 lain. Yang penting pasti terangkat beb! 

Selain di masak lemak cili api, aku try2 jugak masak terubok ala2 jawa kan. Aku tak tahu sebenarnya nama resipi ni sebab aku ni kalau masak pakai bantai je. Asal sedap dan abah tak bising cakap tak sedap sebab abah ni kuat complain kalau pasal makan. So aku masaklah ikut selera yang abah nak. Untuk resipi ni yang perlu beberapa ulas bawang besar,bawang putih, lada, dan cili padi. Semua bahan2 ini di hiris dan dan tumis kedalam kuali berisi sedikit minyak. Lepas agak2 layu macam tu, masukkan sedikit air asam atau perahan limau kasturi kedalam bahan tumis tadi. Dan tuangkan tumisan tadi keatas ikan terubok yang dah dipotong kecil dan di goreng. Siap! Senangkan? 


Haa! Paling simple is goreng je ikan tu, perahkan sedikit limau keatas terubok yg di goreng dan makan bersama lauk-pauk yang lain. Itu pun boleh jadi selera makan tau. 

Korang pernah try laksa Sarawak yang ori made from Sarawak? haa! Kat sini ada juga menjual paste ori laksa Sarawak. korang Cuma perlu bancuh  paste tersebut dan makan bersama mee halus. Senangkan? Kalau nak lagi sedap, rajinkanlah diri  tu pergi pasar beli sikit udang, ayam,daun ketumbar untuk dicampak bersama laksa Sarawak. haa! Kalau korang beli paste ni pun dibelakangnya ada cara-cara untuk buat laksa Sarawak ni. so tak payahlah korang susah nak p search kat pakcik google tu kan. Simple kan? Dan yang paling penting ianya HALAL. Homemade orang melayu Sarawak. Rugilah kalau korang tak try.

So, kalau nak stock2 paste laksa Sarawak dan ikan terubok masin yang masih fresh. Bolehlah click kat sini.

Harga boleh dirunding dengan tuan page ni. dia ni pure orang Sarawak tapi don’t worry fasih berbahasa melayu dan English. So anything please contact him.

Wednesday, February 1, 2012

The Game is Over!


It’s about time and the time is up!
I have to get over it even the thorn is still sitting in there somewhere.

Friday, December 9, 2011

OpenGL. Muntah Coding

For the first time, aku rasa best untuk buat coding dan mengeluarkan output yang comel. Macam kembali ke zaman kanak-kanak. melukis yang entah apa2. Tapi aku rasa sangat comel je. Hihi.Bezanya kami melukis menggunakan coding dan coordinates yang dah di plot atas paper graph and paste pada compiler tu. Bila tengok output yang keluar macam seronok je kan. Assignment 2 bulan lepas di buat dalam 2 hari. Bagus kan.Hehe. *bajet kau fast learner la jann?* Tapi aku rasa puas hati sebab first time aku buat coding sendiri dengan bantuan ahli group yang lain. Selama ni copy paste. Nak jawab exam pon memorize dan copy paste je atas kertas.hehe. Rasa menyesal buat last minit. Kalau buat dari awal mesti dapat create yang lagi comel dari ni. *ayat poyo yang selalu dikeluarkan bila rasa menyesal tapi later mesti buat lagi*hehe. At least aku dah try sedaya upaya aku untuk faham apa ynag perlu difaham. Tak rugi pun sebenarnya sebab ianya ilmu. Nak atau taknak je.*nampak sangat kau ni pemalas jann==>fakta. :D
sepatutnta roket tu boleh rotate 3D, tapi sbb ni ak snap and cut so xnampak la rotation tu.

Ni hasil kerja lebih kurang dalam pukul 5 pagi tadi. Later I'll show you the one that we've presented to Dr. Teh .