I’m not a fast learner but I have learned from that mistakes.
Friday, February 25, 2011
Sunday, February 20, 2011
Saya Nak Join Aktiviti Macam ni Lagi !!!
WARNING! "Entry kali ini adalah sangat panjang dan banyak mengandungi unsur2 melewar. Harap maklum"
p/s: kalau ada lagi ajak la saya lagi ye..hehe
Pagi tadi aku bangun awal la weyh! Jangan tak caya. Ingat senang weekend aku nak bangun awal? Pepagi buta dah mandi. Macam nak pegi kelas pukul 8. Haha! Itu pun bersebab. Ada makhluk kejut aku pukul 7.30 pagi. Bukan makhluk lain tu okay! Ni ha. Makhluk kat bawah ni ha. Haha! Dia pun di kira makhluk kan? Anda rasa dia makhluk tak?
![]() | ||
|
Awal2 lagi muka pacek ni dah interprame kat blog aku. Haha.
First dia call memang aku ingat bunyi message masuk. Tapi macam pelik je bunyi lagunya. Fikir jap. Nak kate alarm, bukan. alarm bukan bunyi lagu tu. Ouh! Call masuk la! Habis lagu twist and shout by the beatle. Tak sempat nak angkat call. Tengok hp. Aik! Kenak nya call aku pepagi bute ni. Aku call balik. Rupanya ajak aku main gamelan. Aku pun okay je lah sebab aku memang nak main pun. Ajak syaza tak nak sebab dia memang nak tidur. Aku ajak kecik. Okay! kecik dah bangun. Boleh teman aku. lepas siap2 dalam pukul 8.20, dia jemput kat bus stop Bunga Raya. Naik kereta. Bingung! Mana mamat ni nak bawak? Kata nak main gamelan. Ish! Da terlepas dah kampus timur tu ha. Aku diam je lah sampailah sampai ke destinasi. Aku pun tak sure kat mana tempat tu. Yang aku sure ada nama laut camtu la. Tah la! Apatah. Tapi macam ada event la. Event Hari Belia Negeri Sarawak. Sampai sana, tengok ada banner unimas. Okay faham. unimas pon join event tu.
Aku nampak ada gamelan set kat booth Unimas. Okay! meragukan. Merapatkan diri ke arah encik tenaga pengajar dan berkata, “ Apa yang sedang berlaku ni? Cuba bagitaw? tak fahamlah.”. Lalu dia pun berkata, “main gamelan lah.” Hell! No way man! Main gamelan kat sini okay. Okay fine! Memang aku nervous giler la bai! Aku mana pernah main kat event2 macam tu. Aku ingat dia ajak pegi main gamelan kat bayu tu ha. Ish! Penerangan tak jelas la encik tenaga pengajar! Sangat tak jelas Okay! bengang sekejap.
Hati di tenangkan dengan bermain game dan melihat keadaan sekeliling. Ish! Ada giler! Main kat dewan kecik tu pun aku nervous ni ha nak main kat public. Lagi la cari pasal. Bila sampai masa main, dia suruhnya aku main bonang. Manalah aku nak kan. Kang salah macam mana? Aku ni mana la pro dan gempak dan hebat macam dia main. So aku menolaklah. Aku main saron je. Senang siket, pukul sekali je. Tapi lepas first lagu timang burung macam enjoy la. Tak rase takut pun. Nervous pun takde da. Next song topeng. Lagi lah best. Lepas lagu togok diorang kate nak main lagu perang. Aku pun dengan excitednye mintak tukar dengan jali nak main bonang. Best2! Tapi satu lagu je la aku main sebab lagu2 lepas tu memang susah and aku tak sempat lagi belajar. *menyesal aku tak main bonang dari awal. Boleh interframe kat camera orang sebab masa mula2 main pagi tu ramai orang berkerumun dan ambek gambaw ow! Haha!* okay! sudah2 lah nak bajet hot kan.
Event tu habes tengah hari. Lepas lunch kemas2 sume. 2 kali trip nak hantar barang2 gamelan tu. First trip dah jalan. Yang lain pun dah balik. Tinggal aku, kecik, encik tenaga pemgajar dan kak unn dan beberapa staf bayu dan unimas dan orang awam. *haha! perlu ke mention orang awam tu?* Mula rasa boring. Encik tenaga pengajar ajak buat ‘show’ sendiri. Goreng lagulah. Sebab aku sangat jeles tengok dia main bonang dengan sangat hebat dengan bunga2 cinta bagai, aku buat special request, dia main lagu dayung sampan and aku nyayi. Haha! Tapi aku buat iklan MCD tak berbayar kat situ. Nyanyilah aku lagu bubur ayam mcd ulang2 sampai habis. Korang penah dengar tak lagu tu? Yang iklan mcd buat masa promote bubur ayam mcd masa mula2 dia keluar dulu. Ha! tu lah dia lagunya.
And masa tengah syok dan khusyuk melayan giler nyanyi lagu tu, aku tak perasan ada orang tengok aku and the gang melalak2 nyanyi lagu tu. Sampailah orang yang melihat dari jauh tu datang ke tempat kitorang. Oh man! I’ve been stalking man! *kau ingat kau hot sangat ke jann?haha!* Aku tak ingatlah ayat dia macam mana kan, tapi lebih kurang macam ni lah,” tertarik dengan lagu bubur ayam tadi”. Ouh, shit man! Dia dengar ke? Haha! Bergelak kecil. Okay fine! Giler malu aku. Sebab memang aku sorang je yang nyanyi lagu tu. Tak de orang lain dah. *macam hot stuff je kitorang kat situ an. Haha!* Okay stop perasan dan berperasaan! Then dia request lagu. Dengan segan pilunya dan lemah gemalainya , aku ketuk la bonang tu main lagu topeng. Haha! Bajet hot kejap kan! Siap ada orang request lagi taw. Macam artist gitu. Haha! Nang bajet cool kaw jannah! Tapi still sebenarnya aku nervous, tapi tak se-nervous sebelum ni la sebab tu main suka2 je kan.
Lepas stalker tu pergi, sambung lagi main. Aku sambung tuntut ilmu dengan encik tenaga penagajar. Main lagu lain yang aku tak pernah main. Lagu inang cina menjadi pilihan. Setelah di kritik dan di kutuk oleh orang2 sekeliling yang agak profesional sebab asek ulang benda yang sama dan asek salah dan di suruh bermain dengan bunga2 bajet cam aku HEBAT sangat macam orang tu kan,* saya sedar keupayaan saya. Ecece! Merendah diri ek kau* akhirnya aku berjaya juga main lagu tu sampai abes. Hmm, boleh la. Just need more practice and practice. Lepas tu, lori unimas pun sampai. Punggah barang semua. Then balik. Aku tak pernah lagi naik kenderaan unimas selain dari bas. So balik tadi naik van unimas. Rasa macam berbangga2 berbakul2 jadi warga Unimas. Hehe. Unimas ada buaya, kau ada? Haha! Okay! tak de kene mengene.
But then credit to him, pacek tenaga pengajar. At least aku berpeluang untuk pergi ke event macam ni. pengalaman menjadikan kita lebih mantap, hot dan bajet cool kan? Haha! Tqvm! Arigato! Arios!
p/s: kalau ada lagi ajak la saya lagi ye..hehe
Note 1: stalker tu boleh tahan nsem okay! haha! Tapi aku tak cair pun, hati wa skung kering la bai!
Note 2: credit to syaza and my roommate coz dah tolong aku buat ayat vokegedevaz untuk assignment bm. Syaza! Sila jeles. Haha!
Note 3: yes! syaza. i admit it to. Sarawakien boy nang kacak bha!
Note 3: yes! syaza. i admit it to. Sarawakien boy nang kacak bha!
Saturday, February 19, 2011
First Trial
Tok cerita 3 hari lepas. sebab terlalu busy dengan assignment and mid-term and movie, akhirnya kamek berjaya merajinkan diri meng-update blog kamek. Tok ceritanya.
First time main bonang depan orang ramei,*boleh tahan ramai la* series! kamek sik bulak, nang nervous gilak la bai! Haih! Okay! but that’s actually me la. Kaki gelabah. Boh lah! tolonglah! Boh diberik kamek surprise2 and molah something unprepared depan orang ramei, nang bingung kamek. Bila dah bingung, mulalah kan, nok ya salah, nok tok salah, lupa part ya lupa part tok. habes hancuslah sumanya. *kau memang spoilt la jannah! Ggrrr!*
Haha! Tapi ya semua experience. Mun sik ada experience sik ada lah jadi pro kelak nak? The more you practice the less you get nervous! Yes! hypothesis kamek untuk rabu marek! Haha! Tapi, best! Best! Best! At least kamek dapat perbaiki kelemahan kamek which is kamek takut mok performance and speak in front of peoples. Tapi lepas hari ya, kamek still sik puas hati dengan diri kamek, why I can did well during the practice, but when the day comes everything ruined. You well prepared Janne! Come on! Get more confident! Get some spirit! And get what you have planned bitch!
Note1: bitch= babe in total control of herself= nang bajet cool nak?
Note2: maaf! Kamek 1st time try type dalam bahasa Sarawak. Mun sik faham, nanyak. mun salah, Cekgu2! Sila perbaiki kesalahan tatabahasa bahasa Sarawak kamek ya, hehe!
Wednesday, February 16, 2011
HAHA! ikhlas ke tak ikhlas?
Hari ini aku pergi main gamelan lagi. Macam biasa perasaan aku bila main gamelan. Happy! Tak pernah tak happy. Even kalau aku ada masalah waktu tu, gamelan sedikit sebanyak berjaya melupakan sebentar tekanan dan masalah yang aku alami. * i love music*Okay tapi sekarang bukan nak cakap pasal aku main gamelan, ni nak cerita pasal lepas aku balik gamelan.
Suppose balik pukul 4 tapi pacek tenaga pengajar lambat lepaskan kitorang. Aku panggil pacek sebab dia lupa nak tengok jam pukul berapa, taw2 dah pukul 4 tepat okay. There’s no way to catch the bus! Kalau berlari pun hanya akan nampak bas tu itu berlepas dengan lajunya dari jauh. Penat je yang kau dapat. Ceyt! No more encek2! Fullstop! Pacek selalu pelupa kan. Itu untuk awak pacek tenaga pengajar! Haha!
Okay! balik tadi naik bas penuh macam sardine. Tak tahu kenapa ramai manusia yang nak keluar hari ni. *btw! Selamat meyambut maulidur rasul. banyakkan selawat keatas baginda. Semoga kita diberi syafaat dan pertolongan dari baginda kelak. Amin.* Memang macam sardine. Every single sit dipenuhi orang. Maksud aku, kalau sit pun orang dah habis duduk, depan sit, belakang sit, tengah2 antara sit, bawah sit dan sit driver bus, *okay itu tipu* semua space la di gunakan sepenuhnya. Okay! maka beruntunglah manusia yang tinggal di Alamanda dan Sakura sebab diorang tak payah nak berhempet2 macam nasi empet macam penghuni2 kat Kolej Bunga Raya. Okay! sesampainya di bus stop bunga raya, cuba mendapatkan oxygen secukupnya akibat daripada terhidunya gas2 toxic dalam yang boleh mendatangkan bahaya kepada diri. Fuuuuuh!
Kaki dengan cepat melangkah menuju ke café bunga raya. Melihat manusia yang ada disekeliling. Okay! malas nak tunggu order. Menjenguk lauk2 yang ada. Hmm… bolehlah dari tak ada. Polystyrene di capai, nasi di senduk, sayur di kenal pasti, okay, “sayur lembu” yang ada. Bolehlah asal ada sayur, hantam je lah. Sup ayam di cedok, kepak ayam menjadi pilihan. Ke kaunter dan bayar. 4 hengget! Sudah ku jangka. Tekak terasa haus nak minum minuman yang sedap dan menyegarkan. Aunty! Tambah air cincau satu. Okay! 5 hengget setengah! Tunggu order member aku kejap. Lepas tu, melangkah menuju ke bilik. Tak sabar menuju ke katil. Kepala terasa berat mungkin effect dari bas sardine tadi. Sampai bilik, tudung di cabut. Telentang kejap. Terdengar perut menyanyikan lagu TOPENG yang rancak. Okay! Sangat lapar sebab dari pagi tak makan. Tengok jam. Menunjukkan jam 6.30. okay! tak asar lagi. Solat dan makan.
![]() | |
| ni lah dia sayur lembu atau nama glamournya sayur kucai. |
note: aku panggil sayur lembu sebab nak makan sayur ni kene banyak2 kali kunyah. macam lembu la jugak kan.
Misi di teruskan. Menunggu magrib. Lepas maghrib konon nak study OOP untuk esok punya test. Slide note di buka bersama koleksi movie2 yang ada. Okay! siri Spontan menjadi pilihan. Ketawa berdekah-dekah, mengilai-ngilai sampai senak perut. Bahagia. Lepas semua tension yang ada. Fuuh! Lega! Habis menonton jam 10.10 pm bila dah rasa bersalah sebab tak study lagi. Bila fikir2 balik, baru aku sedar, dah lama rupanya aku tak gelak macam ni. Terasa ringan beban di kepala. Seriously! aku tak kesah roommate aku nak kata aku gila ke apa sebab aku memang gila, and everyone knows. Terima kasih roommate kerana tak kesah dengan perangai saya yang kadang-kadang gila. *”Bajet cool je, padahal kau tahu tak kau banyak masalah? Kau je yang tak nak cerita taw tak?”, berkata hati kecil ku. Aku: eh! Biarlah hati kecilku! “degil!”, kata hati kecilku.*
Motif : Aku memang suka bajet cool. Tapi bila orang tu betul2 kenal aku, dia tahu bila aku bajet cool and bila masa aku BUAT2 bajet cool. Terima kasih.
note : hope everything will be just fine. JANGAN LUPA NOTE!!! ggrrr! ingat tu jannah!
Saturday, February 12, 2011
Eh! Eh! Eh!
Eh! Kawan! Selamat kembali ke tanah air. Eh! Eh! Kawan2! Begitu juga dengan kawan2 ku yang lain. Sudah selamat sampai. Alhamdulillah. Eh! Kawan! Terima kasih atas nasihat dan pendapat anda. Eh! Kawan! Maaf! Sila jangan salah faham! Aku bukan stalker okay! I’m just a blog walker. Eh! Kawan! Banyak yang aku belajar dari jadi blog walker ni. Eh! Kawan! terima kasih ek! Eh! Kawan! Sedikit sebanyak aku kenallah kau macam mana kan. Mengubah aku punya perception pada diri kau yang dulu kan. Diri kau yang sebenar. Eh! Kawan! Kau memang baiklah rupanya. Eh! Kawan! Aku tak sangka kau macam ni rupanya. Eh! Kawan! Be strong okay! Takes time. Eh! Kawan! Jangan perasan lebih-lebih okay! aku tahu kau kembang sebab di puji! Eh! Kawan2 yang lain! Jangan salah faham okay! aku dan Kawan! ni memang kawan je. Eh! Kawan2! Aku kenal dia dari sekolah rendah lagi, sama kelas lagi! Eh! Kawan2! Mak dia dulu selalu datang rumah order kuih lapis kat mak aku sebab dia suka makan kuih lapis. Eh! Kawan! kau memang kawan aku la gila! Eh! Silap! Eh! Gila! Kau memang kawan aku la gila! Haha! Eh! Eh! Eh! Kawan! selamat bercuti la yer.
Note: eh! Kawan! terima kasih atas advice dan info yang kau bagi. Tapi buat masa ni, aku memang feelingless.*ada ke perkataan tu dlm kamus?* Hati kering. Haha! Eh! Aku pelik ah! Asal kau sensitiiiip giler jer ni eh? Tampar nak? haha! (^,^)”
Thursday, February 10, 2011
Aktiviti harian atau mingguan?
Hari ni main gamelan lagi. Sempat lagi snap picture mereka sedang mengarut2 main gendang sebab encik tenaga pengajar datang lambat. Tak patut! Tak patut! Memang tak patut! Encik tenaga pengajar sangat lambat okay hari ni! *macam la tiap2 minggu kau datang senggang kan jannah?suka ati padah cam ya. haha! eh! suka ati la.lalala*
Jali main memang best! Wirda! Main sambil badan goyang2 macam main dengan syok dan excited sekali tapi tune selalu lari. Oops! Terkutuk anda! Lalala~ Syaza! Sama juak! Sila dengar lagu dengan teliti. Haha! Ceyt! Aku mengomen orang jak. *Macam la aku hebat sangat main gendang kan, ketuk pun aku tak taw*
![]() |
| wirda sempat lagi posing. nang bajet cool kawu nk..haha |
Hari ni, aku main dengan cool ja bha. Tak main sangat sebab aku saket perut gilak! Makan apa tah. Tadi wirda ajar aku lagu inang cina dengan lupak lama. * betul ke tajuk lagunya? maaf kalau salah. Haha!*
Ye kot. Tapi nang best lagu ya. Adventure siket, eh! tak, adventure banyak dari lagu timang burung. Boring ah! Haha! Maaf2!
Tapi nang boring gilak lagu timang burung ya. Sebab tu tiap kali aku main asyik salah jak. Sebab lagu tu mendayu2 jerk, sampai aku rasa bosan gilak dengan lagu ni. *okay! itu adalah alasan semata2. Sememangnya kau memang tak hebat main bonang jannah!* tapi nok lagu perang nang best gilak bila main dengan BUNGA2 cinta ya. haha! Kacak gilak bunyinya. Rasa hebat dan hot sebentar bila dapat main dengan bunga2nya. *ceyt! masih nak berbangga2 berbakul2 lagi tu. shut up you hati kecilku! sebok nak cakap2 jugak! aku tengah tulis blog la! haha!*
Matlamat seterusnya, belajar dengan encik tenaga pengajar sampai khatam since dia pun dah nak grad hujung tahun ni. banyak gik aku mok nuntut ilmu dari nya.best of luck dude! *bila mok blanja kamek makan pizza?*
Note1: kunci bilik gamelan ada lagi pada aku. ngehehe! Susah la kan macam tu. Terima kasih la ye. =)
note2: sapa tah nama akak yang pakai spect yang ajar first group tu?maaf tak ingat nama. ouh! dia sangat garang okay! saya takut nak belajar dengan dia. hehe.
mood: try tdo...
Friday, February 4, 2011
RUMAH ITU ~ part 1
Hari ini, hari terakhir kami berada di rumah ini. Walaupun aku berada jauh disini, tapi aku masih dapat merasakan aura rumah itu.Rumah itu telah banyak meninggalkan 1001 kenangan yang tak akan aku lupakan. Sejak aku lahir sampailah aku dewasa ini, rumah ini menjadi saksi pelbagai peristiwa pahit dan manis yang kami satu keluarga alami. Lebih 25 tahun kami diami rumah ini, banyak sangat memori yang tercoret. Rumah inilah yang menjadi saksi pergaduhan di kalangan kami, rumah ini jugalah yang menjadi saksi, teriakan abah dan emak tatkala kami engkar dengan arahan mereka. Rumah inilah yang menjadi saksi, kejayaan yang kami peroleh sehingga kini. Alhamdulillah. Syukur atas kurniaan Nya.
Sehingga kini, masih segar dalam ingatan aku, bagaimana rupa rumah itu. luar dan dalam. Halaman rumah itu sangat besar kalau nak dibandingkan dengan rumah yang kami diami sekarang. Bayangkanlah, ruangnya cukup untuk kami berlari sekeliling rumah, cukup untuk bermain baling selipar, cukup untuk bermain badminton, masih ada ruang untuk abah tanam pokok bunga kegemarannya, bunga kertas. Bukanlah aku tak gembira dengan keadaan rumah sekarang Cuma persekitarannya sangat berbeza.
Rumah itu asalnya mempunyai 3 bilik. Tapi disebabkan kami punya 9 beradik, 3 lelaki dan 6 perempuan, lebih ramai bunga dari kumbangnya, maka abah membuat keputusan untuk menggabungkan 2 bilik menjadi satu untuk kamar kami si anak gadis. Sang lelaki hanya tidur di ruang tamu bertilamkan toto dan tilam. Rumah yang agak kecil untuk 9 beradik. Tapi sudah cukup sempurna untuk kami Sembilan beradik diami bersama. Kerana disitulah bermulanya diari seorang kami.
![]() |
| oh! itu nyayi saya...sedang termenung jauh nampaknya yer..hehe.. i miss u granny! note: nenek dalam jawa dipanggil nyayI P/S: pronounce it correctly okay? |
![]() |
| correction: its not Affandi. its actually Apandi. Affandi is my late grandfather's name. kebetulan kan? |
Emak dan abah merupakan kakitangan kerajaan. Abah bekerja di hospital sebagai juru x-ray dan mak pula seorang kerani Jabatan Pertanian yang menjawat jawatan sebagai Pembantu Luar Pertanian. Dahulunya, emak dan abah tinggal di Labis. Mereka tinggal berasingan kerana pada waktu itu, abah masih lagi bekerja di Hospital Tapah, Perak. Sehinggalah mereka dikurniakan cahaya mata yang pertama iaitu Along aku, abah ditukarkan ke Hospital Segamat sehinggalah dia pencen pada 21 January yang lalu. Dan semenjak itu, kami sekeluarga hidup menetap disitu. Walaupun sudah banyak kali abah di tawarkan kenaikan pangkat oelh jabatan kerajaan, tapi abah terpaksa menolak tawaran tersebut atas sebab agak sukar untuk kami berpindah kerana kesemua kami pada waktu itu masih lagi bersekolah dan tidak mahu mengganggu pembelajaran kami.
Disebabkan kami punya adik beradik yang ramai, emak dan abah terpaksa mengerah tenaga mencari rezeki lebih untuk kami sekeluarga. Dalam kotak fikiranku berfikir, kalaulah orang sekarang berfikiran macam mak dan abah, tak akan ada orang mengemis di tepi jalan meminta sedekah sedangkan tulang empat kerat yang ada masih mampu untuk di kerjakan mencari rezeki yang halal untuk anak dan bini.
Bersambung cerita mengenai emak dan abah. Pendapatan yang diberikan tidaklah selumayan mana untuk menampung kami sekeluarga. Abah dan emak tak pernah biasakan kami untuk hidup bermewah-mewah macam yang kanak-kanak lain sekarang. Abah selalu bekerja lebih masa, untuk menyara keluarga kami. Emak, menggunakan kemahiran yang ada, memasak, mengambil tempahan membuat catering, kuih-muih, kek, dan macam-macam lagi berkaitan masakan. Jiwanya terhadap dunia masakan adalah sangat ikhlas. Dan oleh kerana keikhlasannya dalam menyediakan makanan, ramai yang suka dengan masakannya. Dan dari situlah, emak dikenali dalam kalangan rakan-rakannya di Segamat. Keramahan emak melayan setiap pelanggan yang berkunjung ke rumah menyebabkan rumah kami selalu di kunjungi mereka yang ingin bertanyakan dan membuat tempahan. Rezeki dari Allah yang datang bergolek-golek. Walaupun kadang aku sedar emak dan abah kesempitan duit, tapi kami tak pernah pun kami kebulur untuk mendapatkan makanan. Mungkin sebab setiap hari emak mengambil tempahan, emak akan selalu meninggalkan sedikit makanan, cukup untuk kami Sembilan beradik makan. Abang dan kakak juga turut membantu emak mecari rezeki lebih. Bangun pagi-pagi, membantu emak menggoreng karipap untuk di hantar ke kantin sekolah. Ada juga yang membawa nasi lemak untuk di jual di sekolah. Hasil tanaman yang ditanam di kebun seperti pisang tanduk dibuat kerepek untuk di jual. Abang dan kakak juga sangat popular dikalangan guru-guru disekolah. Dari situ bermulalah pembelajaran pemasaran yang emak dan abah berikan secara tidak langsung dan ianya turut membantu emak menambah meluaskan pengaruhnya disamping menambah pendapatan untuk kami sekeluarga. Mereka tak pernah meminta upah sebagai balasan. Upah mereka hanyalah makan dan minum yang emak sediakan. Itu pun sudah cukup dan puas bagi mereka. Bila tiba hari lahir kami, emak tak pernah lupa menyediakan hidangan istimewa untuk kami sekeluarga. Kami tak pernah mengharapkan hadiah –hadiah yang istimewa dari emak dan abah. Juadah istimewa itu sudah cukup membahagiakan dan menggembirakan kami. Sungguh gembiranya kami pada waktu itu.
| and this is where i live now. |
Tapi itu semua hanyalah kenangan. Kenangan yang sangat manis untuk kami Sembilan beradik ratapi bersama. Sejak emak mengerjakan haji bersama abah, terlalu banyak dugaan yang menimpa kami sekeluarga. Bertimpa-timpa musibah yang mendatangi kami. Tak perlu untuk aku ceritakan kesemua dugaan itu kerana ianya mempunyai isu-isu sensitive kepada setiap individu kami. Tapi setiap dugaan yang menimpa itu merubah diri kami sekeluarga. Suatu perubahan yang mengambil masa lebih kurang 6 tahun dan kami masih lagi dalam tempoh perubahan yang lebih baik. walaupun perubahan itu mengambil masa bertahun-tahun untuk aku dan keluarga terima kenyataan yang sebenar. Pada awalnya, agak sukar bagi kami sekeluarga menerima kenyataan itu. keluarga yang dahulunya ceria, gembira bertukar mendadak kepada keluarga yang sangat suram ibarat zaman kejatuhan pemerintahan islam pada satu ketika dahulu.
Telah aku katakan tadi, aku punya 9 beradik, 3 lelaki dan 6 perempuan. Tapi dalam 9 beradik itu, boleh di ibaratkan terdapat 3 generasi, generasi pertama yang sangat berdikari, generasi kedua yang memahami situasi dan generasi ketiga yang selalu dilindungi. Dan aku adalah dalam generasi ketiga. Generasi pertama dan kedua menjalani kehidupan normal yang kebanyakan antara kita alami, tapi tidak bagi generasi ketiga. Bukanlah disini untuk aku membuat perbandingan tapi, dari apa yang aku perhatikan, generasi ketiga ini lebih memendam perasaan dan mencuba sedaya upaya untuk memahami sesuatu keadaan. Setiap masalah dan dugaan kami kongsi bersama membuatkan kami lebih bersatu dan masuk dengan generasi pertama dan kedua yang lebih berusia dari generasi ketiga. Kehidupan generasi ketiga adalah sangat berbeza dengan kehidupan harian generasi pertama dan kedua. Corak layanan dan pendidikan dirumah juga agak berbeza berbanding dahulu. Mungkin juga satu perubahan yang baik bagi seorang bapa, berubah mengikut arus permodenan. Tapi tegasnya tetap sama. Hukuman tetap hukuman bila kami engkar dengan arahannya. Rotan dan tali pinggang menjadi makanan kami 9 beradik. Bezanya disini, pada awal remaja generasi ketiga, segalanya berubah. Bagai bah yang melanda Segamat ketika ini. Menghapuskan segala warna-warna kehidupan dalam diri seorang yang bergelar remaja. Dugaan yang teramat berat bagi seorang yang meningkat remaja, seorang yang baru ke alam remaja dan seorang kanak-kanak yang hanya tahu erti bergembira. Dan dari situasi itulah yang membuatkan kami lebih matang. Sekelip mata, bila nikmat di tarik. Subhanallah! Hanya Dia Yang Maha Mengetahui betapa peritnya kami generasi ketiga untuk berdepan dengan masalah itu. waktu itu, kami yang nampak depan mata kami, kami yang hadapinya setiap hari kerana yang lain sudah dewasa, sudah mempunyai tanggungjawab lain untuk ditanggung. Dan dari situ jugalah kami bergabung tenaga, membina jiwa yang satu untuk menempuh hari-hari mendatang menjadikan kami lebih kuat untuk menghadapi dugaan yang sangat berat ini. Kami sentiasa memotivasi diri kami sendiri. Setiap kali kami bertiga dalam bilik, segala rintihan dan luahan dari seorang adik dan kakak diluahkan bersama. Kami nangis bersama, kami pujuk hati kami bersama, memberi semangat sesama kami, dan dari situlah kami kumpul kekuatan kami. Kami menjalani kehidupan harian kami, seperti biasa, bezanya tanpa perhatian darinya. Melalui hari-hari yang penuh onak duri. Cemburu dengan kehidupan kawan-kawan lain yang dapat merasai kemanisan remaja. Ya Allah rindunya aku. kali terakhir aku merasa masakannya semasa aku di tingkatan 4, adik-adikku masing-masing di tingkatan 2 dan 1.
Perubahan demi perubahan aku lihat sendiri dengan mata kepala aku sendiri. yang paling aku nampak sekali adalah abah. Ya Allah. Allah Maha Besar. Perubahan itulah yang mengembalikan kebahagiaan kami sekeluarga setelah bertahun-tahun lamanya kami tanggung keperitan dan kepayahan itu. Walapupun tidak sepenuhnya tapi perubahan itu telah banyak memberi sinar kebahagiaan terhadap kami sekeluarga. Perubahan yang membawa kepada 1001 makna yang aku sendiri tak dapat nak ungkapkan. Benarlah! What you give is what you get back. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.
To be continued…
From deep of my heart,
anak emakabah
mood: sedih yang amat. :'(
Subscribe to:
Posts (Atom)





