Saturday, April 16, 2011

Empty @ empp with SMK Simunjan


 Cam tak best je tajuk entry ni. haha! Okay. tapi tu lah ceritanya. Aku dan beberapa ahli gamelan yang lain *encik Z, cik “Z”, Cik S dan encik tenaga pengajar * telah berpeluang mengajar adik2 comel dan kacak ni bermain gamelan. Comel ke? Ada la sorang dua yang comel. Haha! *bujat kau jann!.  Tapi Even sekejap tapi best la. 
*apa yang tak best dalam hidup kau jann? semua kau citer kau cakap best! “kau diam hati kecilku! Aku punya suka la, cerita aku! haha!”.

Kau dorang nak gaduh p main jauh2. Back to the story. Macam biasalah, kalau ada event macam ni mestilah start pepagi buta kan. Walaupun pukul 10 tu bukanlah dikira sebagai pagi yang sangat buta, tapi pagi yang telah celik dek panas matahari yang menyebarkan haba dan bahangnya, tapi pada aku memang dikira pagi buta la. Dan macam biasa, dan normal la kan. Janji melayu. Janji pukul 9.30 sampai pukul 10.30. okay! itu normal lah kan memang selalunya aku yang akan tunggu ‘dia’ dan ‘dia’ dan ‘dia’ lagi kan. Nasiblah ada staff yang rajin dan menepati masa macam abg J *bukan nama sebenar*. Dapatlah menyejukkan hati yang panas dengan aircond dalam bilik gamelan tu. 

Bebudak tu datang dalam pukul 11 camtu. Buat preparation susun instrument yang ada sikit. Dan macam biasalah encik tenaga pengajar bagi briefing sikit pasal gamelan and blah blah. And pada masa yang sama, bukan setakat budak2 sekolah tu je yang belajar, aku pun belajar juga. Barulah lah aku tahu nak main semua alat muzik tu ada 4 cara yang berbeza.* Ouh! Duhal.* dan aku sedar banyak lagi perkara yang aku nak belajar. Semester ni macam sangat pendek je sampai aku rasa banyak lagi yang aku tak habis explore. Dan selepas mengajar dak2 kecik tu main serba sedikit alat2 muzik gamelan, giliran kami pula mempertontonkan persembahan untuk mereka. Sebenarnya, tak de plan pun, encik tenaga pengajar yang mandai2. Haha!

Lagu di pilih, topeng. Haha! Yang malunya disini ialah, aku yang pilih lagu tu dan aku lah yang buat spoiler. Kakaka! Bukan spoiler apa, masa nak starting intro tu tetiba aku lupa. Seriously, jarang aku lupa lagu topeng sebab antara favourite songs aku. tapi maybe sebab ramai gila yang menonton, depan2 pulak tu, jadi macam semua note lagu2 lain bercampur aduk. Haha! *ceyh! Alasan semua tu jann. Tak yah nak cover line* Lepas trial kedua baru aku dapat ingat note yang betul. Memalukan. Tapi tu semua experience kan. Aku tak kisah orang nak assume apa masa tu sebab aku pun masih belajar untuk main bonang dan perform yang terbaik untuk orang. Tak semua orang dapat rasa apa yang kita rasa. And perasaan gugup tu memang ada tiap kali nak perform depan orang. Bezanya sama ada gugup melampau2 yang amat atau cool2 je. Hehe! Tapi kalau bajet cool lagi best!  Tak tahulah lepas ni macam mana pulak gugup aku. wait and see je lah entry seterusnya. 

No comments:

Post a Comment