Wednesday, November 17, 2010

Ya Allah...sangat banyak dugaan yang Kau berikan ke atas diriku. Aku mohon, Kau kuatkanlah hatiku ini, Kau cekalkan diriku ini, Kau kuatkanlah imanku ini, Kau gandakanlah kesabaranku ini, Kau tabahkanlah hatiku Ya Allah. Kau berikanlah ketenangan ke atas diriku. Amat berat dugaan ini Ya Allah. Sesungguhnya, Kau mahu mengetahui akan setiap apa yang Kau berikan ke atas hambamu.  dan Kau tidak akan beri dugaan seberat ini selagi mana hamba Mu mampu untuk menghadapinya. Dan sesungguhnya, Kau Maha Mengetahui kemampuan hamba-hambaMu.

No comments:

Post a Comment