Friday, December 31, 2010

goodbye 2010! welcome 2011!

2010. terlalu banyak benda yang berlaku. Sekelip mata tanpa aku sedar. Dari awal January sampai disember. Terlalu banyak peristiwa pahit dan manis yang aku tempuhi. Yang aku tahu lebih pahit dari manis. Yang aku tahu, 2010 banyak mengajar aku erti kesabaran. Kesabaran yang aku sendiri tak mampu untuk aku capai selama ini. Pada aku, aku sudah cukup berbangga dengan pencapaian itu tapi aku masih lagi dalam membina kesabaran yang kukuh agar aku dapat tempuh hari-hari sukar dengan lebih tenang dan tabah. Sabarlah yang banyak mengajar aku untuk terus berdepan dengan reality. Jangan takut berdepan masalah. Hadapi dengan jiwa yang tenang dan semuanya akan kembali normal. Complete! Kalau pahit yang aku dapat pada awal 2010 maka compliment nya mestilah pahit pada akhir 2010. Peristiwa yang sama berulang kembali. Barang kali aku masih lagi belum bersedia untuk itu. Yang aku doa ialah di permudahkan segala urusan aku. aku harap apa yang aku sudah plan untuk tahun 2011 akan aku capai dengan baik. Pengalaman lepas mengajar aku untuk lebih berani, berdikari, lebih sabar. Benarlah, what you give is what you get back. Zaman sekarang ni, apa yang kita buat kita akan dibalas cash didunia. Tiada kompromi. Dan itulah yang aku dapat. Tapi aku sedar. Agak lama aku memikirkan segala khilaf aku selepas segala yang terjadi. Lumrah sifat manusia. Selagi tak kena di kepala sendiri kita tak akan mampu untuk sedar dan berfikir secara rasional atas segala khilaf kita. Pengalaman-pengalaman yang aku sendiri tak sedar yang aku dah tempuh semua itu.

2010 juga mengajar aku untuk lebih berjimat. Bukanlah bermaksud aku tak berjimat sebelum ni. Tapi untuk lebih jimat. Yelah, kalau dulu setiap bulan atau 2 minggu sekali aku balik tapi sekarang tak lagi. Susah juga hidup berjauhan dengan family. Tapi aku sedar itu semua perancangan Allah. Dia Maha Mengetahui. Dan aku pasrah dengan semuanya. Keredhaan itu penting. Dan setelah berfikir panjang pasal kos yang aku dapat untuk degree ni semuanya ada kene mengena dengan diri aku. betul kan? Segala perkara yang terjadi semua ada sebab dan hikmahnya. Allah itu Maha Mengetahui. Kau doalah jelah. Akan DIA makbulkan. Kadang tu permintaan kita tak semestinya Allah bagi secara cash. Kadang kita kena tilik-tilik balik. Allah tak pernah menghampakan kita. Kita saja yang buta untuk menilai. Terlalu cepat berputus asa.

Apa yang aku belajar ialah positive. Berfikir secara lebih positive. Banyak kelebihannya kalau berfikir secara positive ni. Yang paling banyak aku belajar ialah, positive mengajar kita untuk tidak buruk sangka, memang buruk sangka itu perlu, tapi dalam sesuatu keadaan sahaja. Kalau ianya terlalu berlebihan, ianya hanya merosakkan emosi dan diri kita sahaja. Yelah, bila dah emosi, nothing we can do. Semua serba tak kena, tak boleh nak focus. Terlalu asyik memikirkan perkara-perkara yang sememangnya tak penting berbanding yang utama.  Walaupun aku belajar theory mengenai manusia dan pemikirannya, tapi sebagai manusia, walaupun aku ada knowledge dan teorinya, kadang aku juga lupa dan tak mampu untuk mengaplikasikan dan mengadaptasikan apa yang aku belajar. Human being. Always did mistake.

Tahun ini banyak mengajar aku untuk mengenal dengan lebih dalam lagi sifat dan tingkah laku manusia. Memang sifat aku, observant. Bukan aku nak riak atau apa pun. Aku pun tak nampak yang aku punya sifat itu. Setelah ramai yang berkata begitu, aku mulai sedar. Ya, aku punya sifat itu. Terima kasih pada deeb yang juga memerhatikan perangai aku, memerhati setiap tingkah aku yang orang lain sendiri tak nampak. Kau juga punya sifat yang sama dengan aku. terima kasih yang teramat sangat deeb. Aku jumpa ramai kawan, sahabat dengan pelbagai tingkah laku, perangai, ragam,behavior, manners, deeds dan yang seumpama maksud dengannya. Aku lihat, aku tengok, aku perhati sendiri tingkah laku mereka dan dari situ aku belajar. Kita semua punya sifat dan perangai yang berbeza. situasi yang membezakan diri kita.

2011. aku mengharapkan yang lebih baik datang dalam hidup aku dalam apa jua yang bakal aku lalui. Semua yang terbaik. Semua yang aku harapkan dan aku plan dalam 2011 ni insyaAllah aku akan lalui dengan lebih baik. semoga segala permasalahan dan dugaan yang bakal aku tempuh aku dapat tempuh dengan tabah, tenang dan lebih sabar. Tingkatkan lagi kesabaran  dan POSITIVE kerana disitu akan datangnya jawapan yang pasti. Jawapan yang kau sendiri rasa kau tak mampu untuk berfikir ke tahap itu. Tak tercapai akalmu kan elyana?hehe.


2010! Lots of love!
2011. Here I come! Wish with many happy returns of the year!





semua kerana bola.

Kagum dengan penulisannya. Sangat open minded. Pada aku semua orang patut ada minded macam penulis ini. Berani bersuara. Menegakkan apa yang betul. Walaupun banyak omelannya kepada rakyatnya sendiri, tapi aku respect perspective dia. tidak narrow minded. Walaupun ianya lebih menyelebahi negara aku, tapi pada aku, sebagai warganegara, bukan aku saja, semua yang lain patut tidak bercakap secara semberono sahaja. Jangan terlalu cetek untuk berfikir. Fikir dulu sebelum berkata. Kerana mulut badan binasa kan.

mood: PEACE

Thursday, December 30, 2010

thank you!

Terima kasih yang sangat-sangat kepada encik polan yang berada di Sheffield,UK. Dan tak lupa juga kepada encik polan yang berada di Jasin, Melaka dan encik polan yang berada di Skudai, Johor. Anda-anda telah banyak mengajar saya tentang erti hidup. Tak perlu untuk aku nyatakan secara detail pujangga-pujangga yang dikenali sebagai encik polan. Andai engkau terasa maka benarlah kamu. Walaupun ianya agak sakit dan perit tapi disebabkan encik-encik polan sekalian aku berani nak berdepan dengan semua dugaan yang aku rasa paling besar pernah aku alami sepanjang hidup aku. kalau tak kerana korang dan doa-doa korang, aku tak boleh nak face semua dugaan ini dengan tenang. Terima kaish kerana telah membuka mata aku, hati aku terutamnya, membuatkan aku untuk berubah kepada lebih baik, membuatkan aku untuk berfikir secara logika dan secara optimusnya.(betul ke ayat aku?). dan terima kasih juga kepada miss polan kerana banyak member aku nasihat yang berguna yang membuatkan kau untuk berfikir lebih matang dan dewasa. Menceritakan pengalaman-pengalaman kau yang aku rasa lebih kurang dengan pengalaman aku. Cuma situasi yang membezakan kita. Terima kasih sangat-sangat. Kau kawan, sahabat yang aku rasa sangat baik dan selalu membimbing aku tatkala aku leka dan alpa. Thank you miss polan yang berada di seremban. Kau selalu wat aku gelak dan senangkan hati aku. thank you very much. Dan untuk mr dan miss polan di atas aku doakan semoga perjalan hidup korang akan lebih baik dari sebelumnya. Jadikan pengalaman yang kita alami ini satu pengajaran. Buka mata kita seluasnya. Fikir-fikirkanlah semula atas segala yang terjadi kerana setiapnya ada hikmah yang kau perlu kopek dan kupas untuk cari kemanisan dalam kepahitan-kepahitan yang sedang, telah atau bakal korang alami.  Thank you very much. Wish you guys with many happy returns for this coming new year. PEACE! (^_^)v

lately

aku tak tahulah kan. tapi kebanyakan mereka mengalami benda yang sama macam aku alami sejak akhir-akhir ini. aku tahu macam mana rasanya sebab aku pun pernah mengalaminya. tapi apa yang aku buat ialah, gembirakan hati, tabahkan diri dan yang paling penting SABAR. apa yang di ambil pasti akan diganti dengan something yang korang akan rasa korang tak layak untuk semua itu. DIA maha adil. kita hanya merancang tapi DIA yang menentukan kan. banyak perkara yang aku belajar lately. sedar tak sedar perkara itu yang banyak mematangkan diri aku. fikir-fikirkan balik kesilapan dan pengalaman lalu, kau akan tahu apa yang terbaik dan mengapa takdirnya kau dijadikan begitu rupa. percayalah, setiap yang berlaku pasti ada sebab dan musababnya. dan aku dah pun dapat jawapannya. tak percaya?cubalah!

mood: normal life

Saturday, December 25, 2010

damia delisha

hey si kecik! apsal kau cute sangat?tak payah cute2 boleh?eheh!
kau tahu sapa yang cute?ni ha dak kecik ni, nama dia DAMIA DELISHA BT MOHD KAMARUL ARIFFIN.
tapi dia selalu sebut nama dia camni, " nama saya damia delisha bt mohd, kamarul afiffin" 
bila tanya siapa nama mami. ellleeeee apa icha? ellllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllllephant! amek kau. kecik aty mak kau pngil dy elephant.haha! ada ke patut nama mak kau elephant. penat mak kau beranakkan kau. kau cakap mak kau elephant. kahkah! icha. dalam banyak2 anak buah aku, dia ni sorang yang suka membebel, paling kuat berangan, paling petah, paling kuat dan paling lincah. dia ni baru umur 2 tahun, tapi dia boleh bercakap dengan terang dan jelas. kalau malam2 dengar bunyi telefon dari abang aku, aku tahu pasal apa. dak kecik ni la,sebok benor nk cakap. dia ni kalau bab berangan memang nombor satu. tahu sebab apa. ha! tengok je la gambaw ni.
dengan tudung saji pon boleh posing.

kau xyah buat muke cute ler icha.

cute ker??

buweeek! ;p

thinking another new post

kau ingat kau cute sangat? (tapi mmg pun cute)

cream muka mami jadi lipstick kau

antara tenaga pengajar yang mengajar dak kecik ni kuat berangan


macek2 sapu sampah

fridge menjadi tempat peberet dy sbb di situnya terletak air coke kegemaran dia.


favourite dia bila datang rumah atok dia aka abah aku la kan is,,,,,,,,, taraaaaaa! cari handphone aku dulu. aku tak tahu kenapa handphone aku yang menjadi pujaan hati dia padahal banyak lagi handphone2 canggih dalam rumah ni. handphone aku jugak dia nak.

dia ni banyak binatang peliharaan dia. ha! ni lah dia menatang2 yang aku maksudkan.

bajet muka kau sama cute dengan menatang peliharaan kau la tuh...ceyt!


tapi dalam banyak2 menatang ni, yang kale purple tu yang paling dia sayang. nama dy purple tapi dia panggil PURPEY( loghat kelantan) haha! yang tu kalau hilang maw ngamuk satu rumah. dia takkan tidur malam kalau si purpey tu xde. dah macam nyawa dia sendiri la.perkara paling penting kalau nak pergi jalan2 ialah purple. masukkan purple dalam kerete dulu baru yang lain. benda lain tinggal tak pe. benda lain jangan.hahaha!

ni la purple atau dalam bahasa icha PURPEI(loghat kelantan)=))


satu yang nakalnya si icha ni ialah, dia suka cari pasal ngn aku. dengan makcik2 yang lain xde pulak cari pasal, tapi kalau dengan aku, kemain lagi. kadang sabar jer la. aku pun satu, aku suka dengki dia, tu yang dia dengki aku balik tu, saja nak cari gaduh. haha! tapi kadang2 kalau aku merajuk dia mesti cari motif konon2 nak pujuk aku balik la and nanti takde orang nak layan dia main. nanti mulalah dia berdrama: 'ty jan! ty jan! sayang ty jan!" tu yang buat aku cair gila kat budak comey ni.  walaupun dia ni baru dua tahun tapi aku rasa dia sangat matang dari budak2 yang sebaya dengan dia. dia seolah-olah memahami perasaan kita. dia pandai layan mak aku. treat mak aku macam orang dewasa. tu yang paling aku respect pada budak kecik ni. plus dia sangat cute!no wonder la kalau semua orang akan jatuh hati kat dia bila tengok character dan kecomelan dia.


damia delisha & aunty jane

Friday, December 24, 2010

ways to search for shortcut file and hidden file

Disebabkan ada permintaan dari member aku, aku explain balik pasal macam mana nak dapatkan balik file yang dah jadi shortcut. korang pon tahu kan kenapa file jadi shorcut kalau bukan disebabkan virus2 chenta tu kan. takde benda lain dah selain menatang tu.ok! baca baik2 okie. aku akan cuba explain satu2. ok!

first you have need to do is:
press button WINDOW R
*korang cari la dengan keyboard or keypad kat lappy, notebook,pc dan seumpamanya ok.
later akan pop out window ni.


kan ada open file tu kan, korang type kat situ cmd
contohnya macam aku buat kat bawah ni:


get it?
next is press OK. later it will appear this window plak:

coding window

before that please check your portable device or removable device or apa2 device, example: thumbdrive
example macam kat bawah ni:
ok! let say, macam contoh kat atas ni,aku dah highlight thumdrive aku kat file f. so, korang typelah kat window coding tu macam ni  f:  tapi let say if device korang tu kat file g or h ke, korang type la g: or h: depend on kat mana device korang terletak.
contoh macam di bawah ni.
coding 
then press enter.
next bila korang dah press ENTER akan appear coding2 seperti di bawah ni:


ok. next korang type attrib -s -h kat coding window tu. macam kat bawah ni.

next press SPACE BAR and press key TAB.korang tab jer mana2 file yang shortcut tadi sampai jumpa. dah jumpa korang press ENTER. kalau dah jumpa pangkah window coding tu and korang bukak balik thumbdrive korang. nanti jumpa la balik file yang shortcut tadi. pastu nanti terus save dalam desktop ke dalam mana2 file tu. sebab benda tu sementara je, kalau korang lambat save, later akan jadi shortcut balik. lepas korang dapat balik file yang korang nak tu, korang scan la balik, sebab tu kan dari file yang ber'virus' tu kan. kalau banyak sangat file yang shorcut korang just press ENTER and tab lagi file2 yang shorcut tu and pangkah balik. file yang korang rasa macam dah hilang disebabkan virus pub boleh jumpa balik. file tu sebenarnya tak hilang, cuma hidden jer kat dalam thumdrive tu. dont worry. benda tu takkan hilang selagi korang tak delete file yang shorcut tu.

example


 OK. tu jer. senang jer kalau korang dah pro nanti. apa-apa just comment kat bawah ni ok.

SELAMAT MENCUBA!!

notes!
jangan format thumdrive or memory card or apa2 removable device korang sebab ianya hanya akan mengurangkan space memory dalam korang punya thumbdrive dan seumpamanya.
example: thumdrive memory 4 gb akan berkurang jadi 3.73 if korang format. kalau korang tak caya korang buatlah (kalau xsayang thumdrive la). 

Wednesday, December 22, 2010

rindu notebook aku!
cepatlah kembali ke pangkuanku
lambat betul hari khamis!
grrrrrr!!

Sunday, December 19, 2010

kesengalan

terasa bangang tak taw gune washing machine yg automatic tu. padahal mesin tu bukan la nak di katekan baru beli.sebelum aku pegi unimas mesin tu dah ada. baru semalam aku tahu cara penggunaannya yang betul. haha! sebab sebelum ni mesin auto juga tapi brand lain dan kurang function. xde la payah benor aku nak mikir camner nak gune mesin tu.haha!macam nak hentak kepala kat dinding jerk.bunguknyer aku! antara sebab2 kenapa aku tak tahu guna mesin tu korang nak tahu apa?
1st, aku memang RAJIN basuh baju. (double meaning).

2nd, sebab selalu aku jerk yang akan sidai kain, aku tak basuh pun. tahu2 dah ada kain dalam bakul untuk di sidai di ampaian.

3rd, aku takkan kesah benda2 berkaitan kain, baju dah basuh ke belum ke apa ke, sebab aku paling menyampah bila di kaitkan dengan kain dan pakaian. kalau adik aku si kecik ada kat rumah, dia la yang sibuk menguruskan hal perihal kain. aku settle an dapur jerk. bab masak2 bagi jer kat aku. tahu la apa kau nak buat, tapi kalau bab kain, sorry la babe! hehe.

4th, banyak sangat button kat mesin tu. tah pape tah. before this ada la tak kurang 10 button camtu la. ni ha kemain banyak lagi button2 tu ha.aku banyak tak tahu function button2 tu. so no wonder la kalau nanti kene beli washing machine baru lagi kan. jangan salahkan saya. haha!

ha! tu jer la reason yang aku rasa kukuh yang menyebabkan aku bangang tak reti guna mesin basuh baru tu. tu lah aku plan pasni kalau aku kaya(berangan lebey) aku nak upah maid yang buat kerja berkaitan baju je. senang sikit keje aku.ngehehe. moral of the story, rajin2kan lah diri membasuh baju. sekian!

Saturday, December 18, 2010

nak handphone baru jugak!!

damn jealous! adik aku semua ada handphone baru. terbaru! adik aku yang si kechik tu ada handphone baru. abah belikan pulak tu..jealous nyer!! lagi advance dari aku punya. dah lah kale pink! tak ley blah betul...
aku jerk pakai hanphone kokak ni lagi.akak aku pun dah pakai handphone baru. aku?bila nak dapat??


mood: damn jealous!

elaun!

korang tau? pagi tadi aku bangun awal. macam tak caya kan. tu pun sebab ada benda PENTING aku kene buat.hehe. pastu pagi tadi sebelum aku start kemas rumah, tiba-tiba, akak aku panggil,

ikin: jannah! meyh sini kejap! ( sambil memanaskan engine kete persona dia)
aku: kenapa??
ikin: ni elaun kau bulan ni.
aku: huh?! (buat muka toya, blur2, padahal gumbira nak mam!)

cuti-cuti pun dapat elaun kan...hehe! seronok! gumbira!
terima kasih yer cik nurul asyikin.ni buat saya sayang awak lebih.=D

sambung balik buat keje!

Wednesday, December 15, 2010

human nature

It is human nature. Think wisely but later act foolishly. But if you look for trouble, think like a fool and you have just made your life difficult. 

makan la selagi boleh makan

baru duduk rumah tak sampai 3 minggu,aku dah gain weight.macam mana? haih! bak kata kakak ipar aku,
"jannah balik rumah memang nak naikkan berat badan ek?balik sarawak nanti diet la ek?". aku?hanya diam dan senyum dan gelak-gelak malu. haha. aiyo!.tak boleh jadi ni. jeans aku da tight dah ni. kang pasal-pasal buang duit kene beli jeans baru.tapi kalau nak diet pun macam ada je bende yang menghalang. kang kejap-kejap  abang aku call. jannah nak ikut tak?pasar malam. jannah jom mcd. kang kalau tak ajak kua pun mesti akak ipar aku hantar makanan. mee goreng la, kek la. tak pun datang umah aku masak sedap2. sapa tak tergoda?kalo tak pon, nanti nenek aku datang petang-petang, goreng pisang lah, kerepek pisanglah,kerepek sukunlah. rambutan.nangka.macam2 lah!haih! banyak betul dugaan.macam mana? korang2! xbaik lah mcm ni. knp korang bawak mknn sedap2 ni.xbaik2. xbaik untuk aku yang mudah tergoda ni.

p/s: jangan terkejut kalau korang tgk aku bulat naik cuty sem nnt.haha

notes: makanan yang sedap xbaik untuk kesihatan kerana ianya hanya menaikkan nafsu untuk mkn. pesanan dari kementerian kesihatan malaysia. =D

mood: mcd jom! abg aku ajak.xbaik kan semua ni??

Monday, December 13, 2010

Tutup sudah sebuah cerita yang dah lama patut di settle kan. and at last, it end. sedikit terkilan. Maaf untuk semuanya. Biar masa yang menentukan. Kalau betul maka betullah ia. Kalau tak,aku redha dengan semuanya.

Sunday, December 12, 2010

KANTOI! HAHA
NGENG PUNYA TRIPLE Y!
NO WORRIES BEB! 
KAMEK OK JA BHA!
JIWANG! MUAHAHA!
I'LL KEEP MY MOUTH SHUT! =x
BALIK MALAYSIA BELANJA AKU MAKANLAH!
NGEHEHE... 

Tuesday, December 7, 2010

ke"busy"an dan ke"lazy"an

kemalasan melanda dan kesibukan yang disibukkan(walaupun xde la bz mane pun) nak online.
tapi memang mem"bz"kan diri dengan tv dan piano mainan yang abah belikan untuk cucu-cucunyer. dorang xnk main biar aku yg main.ngehehe...update: dah jumpa dah note lagu sekolah STAR!aku rasa aku da terer dah main lagu tu. dah boleh masuk pancaragam skolah..haha!

pesanan penaja:
NOTEZ FOR DEAR MY LIL SIS NURUL AFIFAH APANDI~
* please take care of my baby okie? dont you dare to pass it to your friends okie? take care of my notebook.tqvm. later aku rasmikan laptop baru kau ek?ngehehe...tak sabar!

BTW,SALAM MAAL HIJRAH TO ALL MUSLIMS!!
New chapter in new life!
Prosperous healthy!
Peace and happiness!
happy memory of the past and great beginning for the new year !


p/s:wishing all muslims another year filled with blessing and may we remain thankful to Allah for every single one!
InsyaAllah...

abes da..malas nak type panjang-panjang. continue tengok tv sampai rasa boring.

mood: unstable.scanning and healing heart and soul,physically and mentally. tired! berfikir itu memenatkan. so stop thinking! jom tengok tv.

sekian terima kasih. =D

Wednesday, December 1, 2010

DOA~ healing words for the body, mind and soul

I wish I can be as strong as her, as tolerance as her, as patient as her going through all the difficulties. Experiences taught her a lot. She gave me new spirit, new dream, new strength, new attitude and new courage that everyone wanted to have it. Now I feel I am not alone suffering with lot of problems.

“Your story is quiet similar to mine. Just be patient and trust Allah. Bad phase comes in everyone’s life and after every bad phase there is always a good phase. Everything will be just fine. You will be a very happy person very soon.” 
Thank you very much babe! Love you more. I miss all the epic things from you. Heee~

I’ll try to be like what she had said to me. Dua is the main weapon. We must keep praying because HE will give us the desires of our hearts as HE has given you yours. Pray and ask Allah for help and leave everything is HIS hands. Have faith in HIM. HE will do what is the best for you. Happiness is the reward of our faith. We must have strong faith. Hopes everything will work up well because whatever happens in our lives happens for our own good. Remember Allah is the best planner!