Friday, December 31, 2010

goodbye 2010! welcome 2011!

2010. terlalu banyak benda yang berlaku. Sekelip mata tanpa aku sedar. Dari awal January sampai disember. Terlalu banyak peristiwa pahit dan manis yang aku tempuhi. Yang aku tahu lebih pahit dari manis. Yang aku tahu, 2010 banyak mengajar aku erti kesabaran. Kesabaran yang aku sendiri tak mampu untuk aku capai selama ini. Pada aku, aku sudah cukup berbangga dengan pencapaian itu tapi aku masih lagi dalam membina kesabaran yang kukuh agar aku dapat tempuh hari-hari sukar dengan lebih tenang dan tabah. Sabarlah yang banyak mengajar aku untuk terus berdepan dengan reality. Jangan takut berdepan masalah. Hadapi dengan jiwa yang tenang dan semuanya akan kembali normal. Complete! Kalau pahit yang aku dapat pada awal 2010 maka compliment nya mestilah pahit pada akhir 2010. Peristiwa yang sama berulang kembali. Barang kali aku masih lagi belum bersedia untuk itu. Yang aku doa ialah di permudahkan segala urusan aku. aku harap apa yang aku sudah plan untuk tahun 2011 akan aku capai dengan baik. Pengalaman lepas mengajar aku untuk lebih berani, berdikari, lebih sabar. Benarlah, what you give is what you get back. Zaman sekarang ni, apa yang kita buat kita akan dibalas cash didunia. Tiada kompromi. Dan itulah yang aku dapat. Tapi aku sedar. Agak lama aku memikirkan segala khilaf aku selepas segala yang terjadi. Lumrah sifat manusia. Selagi tak kena di kepala sendiri kita tak akan mampu untuk sedar dan berfikir secara rasional atas segala khilaf kita. Pengalaman-pengalaman yang aku sendiri tak sedar yang aku dah tempuh semua itu.

2010 juga mengajar aku untuk lebih berjimat. Bukanlah bermaksud aku tak berjimat sebelum ni. Tapi untuk lebih jimat. Yelah, kalau dulu setiap bulan atau 2 minggu sekali aku balik tapi sekarang tak lagi. Susah juga hidup berjauhan dengan family. Tapi aku sedar itu semua perancangan Allah. Dia Maha Mengetahui. Dan aku pasrah dengan semuanya. Keredhaan itu penting. Dan setelah berfikir panjang pasal kos yang aku dapat untuk degree ni semuanya ada kene mengena dengan diri aku. betul kan? Segala perkara yang terjadi semua ada sebab dan hikmahnya. Allah itu Maha Mengetahui. Kau doalah jelah. Akan DIA makbulkan. Kadang tu permintaan kita tak semestinya Allah bagi secara cash. Kadang kita kena tilik-tilik balik. Allah tak pernah menghampakan kita. Kita saja yang buta untuk menilai. Terlalu cepat berputus asa.

Apa yang aku belajar ialah positive. Berfikir secara lebih positive. Banyak kelebihannya kalau berfikir secara positive ni. Yang paling banyak aku belajar ialah, positive mengajar kita untuk tidak buruk sangka, memang buruk sangka itu perlu, tapi dalam sesuatu keadaan sahaja. Kalau ianya terlalu berlebihan, ianya hanya merosakkan emosi dan diri kita sahaja. Yelah, bila dah emosi, nothing we can do. Semua serba tak kena, tak boleh nak focus. Terlalu asyik memikirkan perkara-perkara yang sememangnya tak penting berbanding yang utama.  Walaupun aku belajar theory mengenai manusia dan pemikirannya, tapi sebagai manusia, walaupun aku ada knowledge dan teorinya, kadang aku juga lupa dan tak mampu untuk mengaplikasikan dan mengadaptasikan apa yang aku belajar. Human being. Always did mistake.

Tahun ini banyak mengajar aku untuk mengenal dengan lebih dalam lagi sifat dan tingkah laku manusia. Memang sifat aku, observant. Bukan aku nak riak atau apa pun. Aku pun tak nampak yang aku punya sifat itu. Setelah ramai yang berkata begitu, aku mulai sedar. Ya, aku punya sifat itu. Terima kasih pada deeb yang juga memerhatikan perangai aku, memerhati setiap tingkah aku yang orang lain sendiri tak nampak. Kau juga punya sifat yang sama dengan aku. terima kasih yang teramat sangat deeb. Aku jumpa ramai kawan, sahabat dengan pelbagai tingkah laku, perangai, ragam,behavior, manners, deeds dan yang seumpama maksud dengannya. Aku lihat, aku tengok, aku perhati sendiri tingkah laku mereka dan dari situ aku belajar. Kita semua punya sifat dan perangai yang berbeza. situasi yang membezakan diri kita.

2011. aku mengharapkan yang lebih baik datang dalam hidup aku dalam apa jua yang bakal aku lalui. Semua yang terbaik. Semua yang aku harapkan dan aku plan dalam 2011 ni insyaAllah aku akan lalui dengan lebih baik. semoga segala permasalahan dan dugaan yang bakal aku tempuh aku dapat tempuh dengan tabah, tenang dan lebih sabar. Tingkatkan lagi kesabaran  dan POSITIVE kerana disitu akan datangnya jawapan yang pasti. Jawapan yang kau sendiri rasa kau tak mampu untuk berfikir ke tahap itu. Tak tercapai akalmu kan elyana?hehe.


2010! Lots of love!
2011. Here I come! Wish with many happy returns of the year!





No comments:

Post a Comment