Friday, February 4, 2011

RUMAH ITU ~ part 1

Hari ini, hari terakhir kami berada di rumah ini. Walaupun aku berada jauh disini, tapi aku masih dapat merasakan aura rumah itu.Rumah itu telah banyak meninggalkan 1001 kenangan yang tak akan aku lupakan. Sejak aku lahir sampailah aku dewasa ini, rumah ini menjadi saksi pelbagai peristiwa pahit dan manis yang kami satu keluarga alami. Lebih 25 tahun kami diami rumah ini, banyak sangat memori yang tercoret. Rumah inilah yang menjadi saksi pergaduhan di kalangan kami, rumah ini jugalah yang menjadi saksi, teriakan abah dan emak tatkala kami engkar dengan arahan mereka. Rumah inilah yang menjadi saksi, kejayaan yang kami peroleh sehingga kini. Alhamdulillah. Syukur atas kurniaan Nya.

Sehingga kini, masih segar dalam ingatan aku, bagaimana rupa rumah itu. luar dan dalam. Halaman rumah itu sangat besar kalau nak dibandingkan dengan rumah yang kami diami sekarang. Bayangkanlah, ruangnya cukup untuk kami berlari sekeliling rumah, cukup untuk bermain baling selipar, cukup untuk bermain badminton, masih ada ruang untuk abah tanam pokok bunga kegemarannya, bunga kertas. Bukanlah aku tak gembira dengan keadaan rumah sekarang Cuma persekitarannya sangat berbeza. 

Rumah itu asalnya mempunyai 3 bilik. Tapi disebabkan kami punya 9 beradik, 3 lelaki dan 6 perempuan, lebih ramai bunga dari kumbangnya, maka abah membuat keputusan untuk menggabungkan 2 bilik menjadi satu untuk kamar kami si anak gadis. Sang lelaki hanya tidur di ruang tamu bertilamkan toto dan tilam. Rumah yang agak kecil untuk 9 beradik. Tapi sudah cukup sempurna untuk kami Sembilan beradik diami bersama. Kerana disitulah bermulanya diari seorang kami.



oh! itu nyayi saya...sedang termenung jauh nampaknya yer..hehe..
i miss u granny!
note: nenek dalam jawa dipanggil nyayI
P/S: pronounce it correctly okay?



correction: its not Affandi. its actually Apandi.
Affandi is my late grandfather's name. kebetulan kan?

Emak dan abah merupakan kakitangan kerajaan. Abah bekerja di hospital sebagai juru x-ray dan mak pula seorang kerani Jabatan Pertanian yang menjawat jawatan sebagai Pembantu Luar Pertanian.  Dahulunya, emak dan abah tinggal di Labis. Mereka tinggal berasingan kerana pada waktu itu, abah masih lagi bekerja di Hospital Tapah, Perak. Sehinggalah mereka dikurniakan cahaya mata yang pertama iaitu Along aku, abah ditukarkan ke Hospital Segamat sehinggalah dia pencen pada 21 January yang lalu. Dan semenjak itu, kami sekeluarga hidup menetap disitu. Walaupun sudah banyak kali abah di tawarkan kenaikan pangkat oelh jabatan kerajaan, tapi abah terpaksa menolak tawaran tersebut atas sebab agak sukar untuk kami berpindah kerana kesemua kami pada waktu itu masih lagi bersekolah dan tidak mahu mengganggu pembelajaran kami.
 Disebabkan kami punya adik beradik yang ramai, emak dan abah terpaksa mengerah tenaga mencari rezeki lebih untuk kami sekeluarga. Dalam kotak fikiranku berfikir, kalaulah orang sekarang berfikiran macam mak dan abah, tak akan ada orang mengemis di tepi jalan meminta sedekah sedangkan tulang empat kerat yang ada masih mampu untuk di kerjakan mencari rezeki yang halal untuk anak dan bini. 

Bersambung cerita mengenai emak dan abah. Pendapatan yang diberikan tidaklah selumayan mana untuk menampung kami sekeluarga. Abah dan emak tak pernah biasakan kami untuk hidup bermewah-mewah macam yang kanak-kanak lain sekarang. Abah selalu bekerja lebih masa, untuk menyara keluarga kami. Emak, menggunakan kemahiran yang ada, memasak, mengambil tempahan membuat catering, kuih-muih, kek, dan macam-macam lagi berkaitan masakan. Jiwanya terhadap dunia masakan adalah sangat ikhlas. Dan oleh kerana keikhlasannya dalam menyediakan makanan, ramai yang suka dengan masakannya. Dan dari situlah, emak dikenali dalam kalangan rakan-rakannya di Segamat. Keramahan emak melayan setiap pelanggan yang berkunjung ke rumah menyebabkan rumah kami selalu di kunjungi mereka yang ingin bertanyakan dan membuat tempahan. Rezeki dari Allah yang datang bergolek-golek. Walaupun kadang aku sedar emak dan abah kesempitan duit, tapi kami tak pernah pun kami kebulur untuk mendapatkan makanan. Mungkin sebab setiap hari emak mengambil tempahan, emak akan selalu meninggalkan sedikit makanan, cukup untuk kami Sembilan beradik makan. Abang dan kakak juga turut membantu emak mecari rezeki lebih. Bangun pagi-pagi, membantu emak menggoreng karipap untuk di hantar ke kantin sekolah. Ada juga yang membawa nasi lemak untuk di jual di sekolah. Hasil tanaman yang ditanam di kebun seperti pisang tanduk dibuat kerepek untuk di jual. Abang dan kakak juga sangat popular dikalangan guru-guru disekolah. Dari situ bermulalah pembelajaran pemasaran yang emak dan abah berikan secara tidak langsung dan ianya turut membantu emak menambah meluaskan pengaruhnya disamping menambah pendapatan untuk kami sekeluarga. Mereka tak pernah meminta upah sebagai balasan. Upah mereka hanyalah makan dan minum yang emak sediakan. Itu pun sudah cukup dan puas bagi mereka. Bila tiba hari lahir kami, emak tak pernah lupa menyediakan hidangan istimewa untuk kami sekeluarga. Kami tak pernah mengharapkan hadiah –hadiah yang istimewa dari emak dan abah. Juadah istimewa itu sudah cukup membahagiakan dan menggembirakan kami. Sungguh gembiranya kami pada waktu itu.


and this is where i live now.

Tapi itu semua hanyalah kenangan. Kenangan yang sangat manis untuk kami Sembilan beradik ratapi bersama. Sejak emak mengerjakan haji bersama abah, terlalu banyak dugaan yang menimpa kami sekeluarga. Bertimpa-timpa musibah yang  mendatangi kami. Tak perlu untuk aku ceritakan kesemua dugaan itu kerana ianya mempunyai isu-isu sensitive kepada setiap individu kami. Tapi setiap dugaan yang menimpa itu merubah diri kami sekeluarga. Suatu perubahan yang mengambil masa lebih kurang 6 tahun dan kami masih lagi dalam tempoh perubahan yang lebih baik. walaupun perubahan itu mengambil masa bertahun-tahun untuk aku dan keluarga terima kenyataan yang sebenar. Pada awalnya, agak sukar bagi kami sekeluarga menerima kenyataan itu. keluarga yang dahulunya ceria, gembira bertukar mendadak kepada keluarga yang sangat suram ibarat zaman kejatuhan pemerintahan islam pada satu ketika dahulu. 

Telah aku katakan tadi, aku punya 9 beradik, 3 lelaki dan 6 perempuan. Tapi dalam 9 beradik itu, boleh di ibaratkan terdapat 3 generasi, generasi pertama yang sangat berdikari, generasi kedua yang memahami situasi dan generasi ketiga yang selalu dilindungi. Dan aku adalah dalam generasi ketiga. Generasi pertama dan kedua menjalani kehidupan normal yang kebanyakan antara kita alami, tapi tidak bagi generasi ketiga. Bukanlah disini untuk aku membuat perbandingan tapi, dari apa yang aku perhatikan, generasi ketiga ini lebih memendam perasaan dan mencuba sedaya upaya untuk memahami sesuatu keadaan. Setiap masalah dan dugaan kami kongsi bersama membuatkan kami lebih bersatu dan masuk dengan generasi pertama dan kedua yang lebih berusia dari generasi ketiga. Kehidupan generasi ketiga adalah sangat berbeza dengan kehidupan harian generasi pertama dan kedua. Corak layanan dan pendidikan dirumah juga agak berbeza berbanding dahulu. Mungkin juga satu perubahan yang baik bagi seorang bapa, berubah mengikut arus permodenan. Tapi tegasnya tetap sama. Hukuman tetap hukuman bila kami engkar dengan arahannya. Rotan dan tali pinggang menjadi makanan kami 9 beradik. Bezanya disini, pada awal remaja generasi ketiga, segalanya berubah. Bagai bah yang melanda Segamat ketika ini. Menghapuskan segala warna-warna kehidupan dalam diri seorang yang bergelar remaja. Dugaan yang teramat berat bagi seorang yang meningkat remaja, seorang yang baru ke alam remaja dan seorang kanak-kanak yang hanya tahu erti bergembira. Dan dari situasi itulah yang membuatkan kami lebih matang. Sekelip mata, bila nikmat di tarik. Subhanallah! Hanya Dia Yang Maha Mengetahui betapa peritnya kami generasi ketiga untuk berdepan dengan masalah itu. waktu itu, kami yang nampak depan mata kami, kami yang hadapinya setiap hari kerana yang lain sudah dewasa, sudah mempunyai tanggungjawab lain untuk ditanggung. Dan dari situ jugalah kami bergabung tenaga, membina jiwa yang satu untuk menempuh hari-hari mendatang menjadikan kami lebih kuat untuk menghadapi dugaan yang sangat berat ini. Kami sentiasa memotivasi diri kami sendiri. Setiap kali kami bertiga dalam bilik, segala rintihan dan luahan dari seorang adik dan kakak diluahkan bersama. Kami nangis bersama, kami pujuk hati kami bersama, memberi semangat sesama kami, dan dari situlah kami kumpul kekuatan kami. Kami menjalani kehidupan harian kami, seperti biasa, bezanya tanpa perhatian darinya. Melalui hari-hari yang penuh onak duri. Cemburu dengan kehidupan kawan-kawan lain yang dapat merasai kemanisan remaja. Ya Allah rindunya aku. kali terakhir aku merasa masakannya semasa aku di tingkatan 4, adik-adikku masing-masing di tingkatan 2 dan 1. 

Perubahan demi perubahan aku lihat sendiri dengan mata kepala aku sendiri. yang paling aku nampak sekali adalah abah. Ya Allah. Allah Maha Besar. Perubahan itulah yang mengembalikan kebahagiaan kami sekeluarga setelah bertahun-tahun lamanya kami tanggung keperitan dan kepayahan itu. Walapupun tidak sepenuhnya tapi perubahan itu telah banyak memberi sinar kebahagiaan terhadap kami sekeluarga. Perubahan yang membawa kepada 1001 makna yang aku sendiri tak dapat nak ungkapkan. Benarlah! What you give is what you get back. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah.




                                                                                                                                To be continued…


From deep of my heart,
anak emakabah

mood: sedih yang amat. :'(

5 comments:

  1. bkn ejaan nyaee yg paling tepat ke ??
    bkn nyayi ..
    hahaha :P

    ReplyDelete
  2. eeeeei! uda kau kn...it still pronounce the same..saje je cari pasal ngn aku..taw la lama xgado ngn ak..grrr..btw~ tq for viewing my blog...dtg la lagi..ngee~ (^,^)

    ReplyDelete
  3. sedihnya post ko...rindu nk dtg umh ko amik lauk ikan pari..hahhaa

    ReplyDelete
  4. panjng beno entry ni... haha
    novel alaf 21 kalah kot...haha

    ReplyDelete
  5. SiPenchentaAlam:tq for viewing...erk! itu xperlu mention okay..haha
    badgirl:haha! kuang ajaq na kau...kau pnjg2 tu yg kau mls nk baca an..aku taw..lala

    ReplyDelete