Tuesday, July 26, 2011

Many Questions One Answer

Aku masih tertanya.
Berikan aku petanda.

note: more hint please OR please just give me a true answer.

p/s: thank you :D

Friday, July 22, 2011

It's a message or coincidence?


Maybe kau rasa simple, senang dan ambil mudah nak berdepan dengan semua tu tapi tak pada aku. Aku bukan sesimple itu. luarannya, ya! Aku simple. Tapi diri aku, aku saja yang tahu. Aku hanya perlukan ruang, masa dan waktu untuk aku lebih tenang untuk berdepan dengan situasi itu. Tak semudah itu untuk berlaku normal secara tiba-tiba. Kadang-kadang kita terpaksa hipokrit semata-mata untuk jaga hati dan perasaan orang lain, tapi hati sendiri? Tak ada siapa nak peduli. If it’s meant to be, must be reasons why kan. Or maybe what I ask from Him it’s just coincidence? Who knows? Aku tak nak terlalu mengharap. But I wish it’s true. *agak2 macam mengharap tak? Haha! * Macam mana tu? Tapi tu lah! Aduyai! Susahlan nak explain satu-satu. Aku pun boleh jadi confuse macam ni. Just follow the flow je lah. Tu lah, aku dah kata, jangan nak Emotional dishonesty sangat Jann. Degil! 

*aku: suka hati akulah nak emotional dishonesty ke hape ke! Real good okayh at being on my own. 

terencat di seri menanti, tak tahu apa yang di nanti. malas den nak fikir.

Note: I trust God with everything I do and I believe that what’s meant to be, will be. I’ve just got to be patient.

Wednesday, July 20, 2011

Saya nak tshirt ELMO! 
Siapa nak bagi saya? 
Silalah pos rumah saya!
Terima kasih! :)


Friday, July 15, 2011

Semoga sinar selalu menyebelahi kami


Bila masing-masing punya kehidupan sendiri semua ambil remeh apa yang berlaku. Semua ambil ringan. Semua seakan-akan lepas tangan. Mereka tak rasa apa yang kami rasa. Untunglah, dulu semuanya lengkap, segala kelengkapan diri semua di sediakan, selalu di support. Tak rasa kehilangan sebab semuanya serba serbi lengkap. Tak kurang kasih sayang walau sedikit pun. Tiada bebanan. Tiada gangguan psikology yang boleh mempengaruhi semua compartment pemikiran. Bukan macam kami, seawal 12 tahun berfikiran seperti 24 tahun. Mengharap perkara-perkara mendatang yang baik . Di permudahkan segala urusan. Hanya mengharap belas kasihan bapa yang juga seperti emak kami sendiri. Kadang aku sedih mengenangkan nasib yang menimpa diri dan adik-adik. Sekuat ini dugaan yang di berikan. Ya Allah tabahkanlah hati-hati kami. Jangan mengeluh. Selalu aku bisikkan ada hati dan pemikiranku. Kerana tanpa hati aku tak punya emosi dan tanpa minda aku tak mampu menunjukkan emosi. Aku harus kuat. Jangan mudah kalah dengan segala permasalahan. Jangan mudah kalah dengan emosi kerana emosi diri aku mati. Ini semua kebesaran Nya. Aku minta kesenangan, Dia berikan aku kepayahan agar aku kuat dan tabah serta tidak leka dengan kesenanganan yang bakal Dia berikan. Ya  Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap apa yang Engkau rencanakan dalam kehidupanku ini.

Mood: aku sedih.


Wednesday, July 13, 2011

Tuesday, July 12, 2011

ouh abang durian perlis! :)

Okay! seperti yang di janjikan. Kita sambung bali cerita yang aku dah kumpul buat beberapa minggu ni. This is the second entry for this month. And once again, aku gagahkan lagi diri mengadap buku current yang banyak na rongak nya ni. Tade ha lah. *ah! Aku tipu. Sebenarnya bila aku on buku current ni aku panas je. Sakit hati sebabnya tahu2 je la kan.* okay! pedulikan segala rentak emosi yang ada, here the stories continued. 

On last couple weeks, aku sibuk jugalah menguruskan perihal adik aku yang nak masuk poli. Di sebabkan dia tu first time nak berjauhan dengan family, aku and my lil sis which is bawah aku, *yang p poli tu anak last which is number 9* pun sibuk2 lah list an apa yang patut nak di bawak. Bagi tahu what do’s and don’ts  later at hostel. Wah! Caring tak kitorang? Susah nak dapat kakak2 yang caring macam ni taw. *okay! stop melewah!* 


By the time, masa yang di nanti2 pun tiba. Di sebabkan perjalan jauh dan nak saving, only angah, arip, abah and aku je yang ikut hantar adik. Kitorang gerak dalam 1.30 am. Suasana sebelum nak berangkat tu tak yah citer lah. Dah la adik aku memang manja ngan mak sebab dia yang uruskan mak semua masa aku and adik bawah aku sambung belajar. Sedih ah aku tengok muka dia. di sebabkan kitorang bertiga ni memang sangat rapat dan agak memahami hati masing2, malam tu kami bertiga bergurau dalam sedih. Sedih sangatlah. Dalam ketawa kitorang menangis. Aku memang tak dapat nak tahan sebak aku. suddenly aku teringat masa nak berangkat p Sarawak. I saw mom cried before I leave her for a while. She look like she knows that im leaving her awhile. Jauh kot Sarawak. even mak dah tak sihat, but sometimes she express what she feel. Sebak sangat masa tu, aku rasa macam tak nak p Unimas la masa tu. Aku kuatkan hati jugak walaupun aku peluk cium mak banyak2 kali. Aku keluar langkah kaki kanan aku niat, aku belajar kerana Allah, demi untuk emak dan abah nak tengok anak dia berjaya. I have promise abah. And I should kept that promise. I will. InsyaAllah.

And before tinggalkan rumah, adik nangis tengok emak. Aku ni pantang je nampak orang nangis, aku pun sebok nak nangis. Haha! Kememe punya manusia. Okay! perjalanan diteruskan. Angah drive and arip jadi co-driver. Ada la 3 4 kali stop. Tapi aku mamai. Giler mengantuklah weyh. Macam aku yang drive plak kan. Haha! Tahu2 dah kul 6 sampai kat R&R mana tah kat kedah nak solat subuh. Pastu aku dah tak tidur dah sebab nak temankan abang aku drive sebab masing2 dok membuta. Kesian dia sengsorang drive. Memang best la kan dapat tengok sawah padi pagi2 buta. Berkabus. Punyalah jakun aku an. Yelah, kampung aku ni pun dah kat Bandar. Kat celah mana plak nak jumpa sawah padi kan. Aku macam kagum jap ar. Kat tempat aku taman perumahan sebok dok tanam pokok2 besar  nak bagi redup. Diorang punya taman perumahan siap ada bendang lagi taw. Punya jakun aku kan. Aku tak sempatlah nak snap picture2 yang aku rasa hensem giler view dia sebab tahu je la kan. Lelaki kalau drive macam mana kan. Handphone aku pun bukanlah DSLR kea pa kan dapat snap picture punya cantik. But pada aku, view tu korang patut tengok sendirilah. View yang orang lain susah nak dapat.

                Sampai Arau pukul 7.15 am. Okay! the truth is, bapak ler ceruk tempat ni. bukan nak mengutuk tapi kesian giler la kat adik aku, kenapa la dapat tempat camni. Dari poli dia nak p pecan terdekat 10 km. okay fine. Macam aku kat matrik dulu but at least kedai2 kat pecan masjid tanah tu bukak kedai pukul 7 8 pagi. Aku saja ajak abang aku jalan2 cari barang2 yang adik aku tak de lagi. Sampai2 pekan tu, bapak la terkejut. Kedai tak bukak lagi, katanya kedai kat sini buka pukul 11 am. Pfffff! Tak nak mencarut mengutuk plak aku. kesian ler adik aku kekurusan nanti. Maka tunggulah aku tercongok dalam kereta sampai kedai tu bukak. Dah siap shopping2, aku hantar la adik aku balik hostel, teman dia makan kat cafĂ© and balik. And once again menangislah kan. Kali ni ngan abah plak. Hehe! Anak manja la katakan. Tak pernah jauh, macam ni ler jadinya. 

Kitorang gerak dari poli tu pukul 12.30 pm macam tu. Jalan2 punya jalan, tiba2 angah bersuara,

Angah:  jom try durian kampung perlis nak?
Aku: what??? Ei! Tak nak ah! Dah la jauh lagi nak jalan. Kang nak bau durian sepanjang perjalanan nak balik tu tak nak parah plak.
Arip: entah. Pening oww. Jauh lagi nak jalan ni.
Angah: ala, tak payahlah bawak balik, kita makan kat sini je. Tapi korang diam2 lah. Jangan bising2 kita makan durian sebelum balik. Kang kepoh satu rumah jeles tak dapat makan durian.
Abah: nak try tak?nak try brenti la kat mana2 gerai tepi jalan tu. Mana tahu ada mangga harumanis.
 Aku:hmmm.. abah. Tak abes2 dari tadi harumanis dia.  ha! Yelah2.

abang durian kacak berbaju kuning! haha! abahthe green one and
my abang arip tangah melantak durian tak nyempat2 nak duduk

Maka berenti la kereta di sebuah gerai di tepi jalan jual durian2 kampung. At first aku bebel2 tak nak ah! Nanti pening pale la pa la.  Tapi tak leh tahan la dow, menusuk hidung. At last aku try gak. And my first trial untuk durian first yang abang durian tu tolong kopekkan. Ummmmmph! Bapak ah! Mantop doe. Aku pun apa lagi. Bantai ler kan. Berpemandangankan sawah yang terbentang luas dan abang durian yang kacak tu. Hehe! Sedap ouh! Lazat dan sedap sehingga menjilat jari kaki. Tadi aku yang ye ye ar taknak. aku pulak yang melebey. Haha! Tapi dah sedap bantai durian tak hengat dunia maka pengsan lah aku dalam kereta. Masing2 sendawa berlawan2. Tak nak pening plak. Sampai R&R tapah berenti solat jamak and makan dan minum yang enak2 gitu. Habiskan segala angin durian dengan minum air bergas. Haha! Terbaik! Balik memulas perut aku. tu lah nak berahsia sangat. Last2 aku kantoikan jugak. Post picture dalam wall fb. Kahkah!
Sampai rumah magrib. Masing2 mandi solat and melengkor kat depan tv. Penat yang amat.

Note: on the way home, angah got bad news from her wife. Kak ila kene operete coz urat kat kaki putus masa main netball kat sekolah. Ouch! Sakitnya. Terus rushing balik rumah. sekarang sedang menikmati cuti bergaji selama 3 bulan!bergaji okay. tu la untung keje gov. sangat best!

Buku Ber"CURRENT"

Hai peeps! Macam ramai sangat jer follower kau kan. Okay! Sorry for not updating my blog. terasa berat sangat tangan ni, tak tahu la kenapa tapi tak de la bzz sesangat tapi ada benda yang lebih penting yang perlu aku dahulukan. Okay here the stories. I make it short. Tak tahulah short mana aku dapat buat tapi kira short lah untuk semua ceciter yang aku kumpul ni kan.

Aku sebenarnya bukanlah malas Cuma berat je jejari2 3M(manis, masin dan masam) aku ni nak menaip panjang-panjang ni. Tahu sebab apa? Ni lah aku nak ceciter ni. Ha! Tengok picture kat bawah ni. *tetiba panas je aty den an. Ni pun aku gagahkan diri nak menaip sebab memang dah lamer gile tak hapdate blog kan. Haha! Hapdate ek pacek ek!

mr BACKSPACE N mr. RIGHT dah hilang

Ha! Ni la hasil kerja keras anak-anak buah aku yang celik IT. Baik2 dan sopan2 sungguh kan anak-anak buah aku ni. Susah budak-budak zaman sekarang ni. Dulu aku kecik tak de pun menatang laptop, ipad lah semua kejadah ni. Beruntung korang bebudak kecik sekarang. Celik2 bangun tidur je dah mengadap buku bercurrent ni. aku dulu, celik2 dari tidur je terus g gosok gigi, mandi keluar rumah p rumah sebelah ajak main teng teng, main panjat2 pokok, main masak2, main korek2 tanah dekat lereng bukit depan rumah lama tu pastu nanti hujan nak p sekolah selalu lambat sebab kete abah sangkut kat lecak. Padan muka aku. haha!  Korang2 semua mana ada nak rasa semua benda2 tu. Tahu main depan buku bercurrent je. Upin ipin lah, wonderpet lah, Belajar pun tengok buku bercurrent. Nak bukak buku kemain liat lagi. Semua nak yang bercurrent2. Duit mak bapak pun bercurrent2, bervoltan2 mengalir.  dek nak ikutkan kehendak korang tahu. Okay! sudah2 beremo. 


Tu lah aku nak citer ni, ni semua keje anak-anak buah aku. Adoi! Punyer la aku sayang buku bercurrent ni, tahu2 camtu jadinya. Menangis berderai air mata berlian aku tengok. Huhu. Ni lah hadiah paling mahal abah bagi kat aunty jane tau bebudak kecik! Tu pun lepas 2 tahun baru dapat. Adik2 aku cakap je terus dapat. Ada tu tak mintak pun dapat. Kau tengok betapa advance nye bebudak sekarang. But even macam tu pun aku bersyukur. Bukanlah aku merungut kea pa, Cuma nak bagi perbezaan antara zaman aku dan adik-adik aku je. 

yang paling sekser tu ketua. the only girl among the boys!
si pencabut my MR. RIGHT and yg paling kecik tu pencabut my MR BACKSPACE.

Kalau nak ikutkan generasi aku dengan kakak2 aku lagi jauh beza. Ingat lagi masa aku kecik2 dulu. Masa tu zaman kakak aku, anak nombor 4. Abah beli PC kedabak untuk dia sebab memang keperluanlah bagi pelajar sains computer. masa tu memang pesen kedabak macam tu la kan. Tak de orang kesah pon. Kalau ada buku bercurrent pun mahal nak mampus dan tebalnya tak payah cakaplah kan macam buku Biology Solomon tu an. Tak nak berat plak kan. Sebab dia tu duduk jauh la jugak kat UTM skudai tu, so ada la sebulan sekali je dia balik sebab nak jimat punya pasal sebab family aku masa tu tak delah senang sangat. Ramai lagi kot anak-anak abah yang sekolah lagi. Tapi bila dia balik cuti semester je punyalah gembira nak mati. Macam2 cerita dia bawak balik kan. Masa tu tak heran lagi segala tenet2 ni. tenet pun tak tahu pebende. Haha. Happy nya sebab dapat tengok movie paling latest la*konon2, dapat  main game, dapat main type2 konon macam kat drama tv tu,kemain laju dia taip kau. Padahal tah apa dia taip pun tak tahu kan. * nama pun belakon. dapat explore2 bende tu sendiri. Semua tu aku belajar sendiri. Akak aku pun malas nak melayan kan. So dia bagi lah aku explore sendiri. Punyalah seronak an dapat main taip2. Bila computer hang je, okay, ikin! Computer ni hang. Dia bebel2 panjang la apa lagi an sebab aku dah tolong jahanamkan PC dia an, nanti agak2 dah diam tu aku p la balik kat PC tu. Pastu buat lagi. Haha! Degil kan aku? 

Tiba2 aku teringat anak buah aku yang tolong menjahanamkan buku bercurrent aku ni. At first I was like, betul kea pa yang aku nampak ni. Aku salah kot. Maybe kebetulan je kot. Aku baru ajar dia main taip2 huruf kat Word je kot. Setakat main tekan2 alphabet tu tade hal lah. Setahu aku, tak de plak aku ajar dia macam mana nak tukar color, besarkan huruf. Later aku p la biarkan budak kecik sorang2 depan buku bercurrent ni. Datang tengok balik. Okay! Betullah tu, kau lagu advance dari aku masa kecik2 dulu. Even budak kecik tu baru masuk 3 tahun, aku kind of shock la sebab dia tahu macam mana nak main2 dengan Tools bar dalam Word tu. Aku tahu menatang2 tu sume pun masa aku darjah 6 kot. Hebat kot. Aku tak ajar pun benda tu, aku just buat depan dia, later dia buat sendiri. Memang bijak kau budak kecik. No wonder la kalau keypad buku current ni hilang kan. Ok fine! Malas aku citer pasal benda2 yang melopong dalam buku current ni. Bikin gua panas je.
Ni baru aku citer pasal buku bercurrent aku yang jahanam di kejekan anak2 buah aku. Belum yang lain. Apa macam? Ada bran ke nak baca panjang2? Haha!  Aku tahu korang pun malas nak baca panjang2 kan? Kan? Sebab aku pun sama jugak. Haha! Okay! later update lagi!

To be continued…