Tuesday, August 31, 2010

tunjukkan aku...

you will always be my friend ~ the great friend of mine

sangat sedih..tak tahu nak ungkap macam mana...sememangnya aku sedih dengan permergian kau meninggalkan kami sekeluarga. sebak, sakit menahan menahan perasaan sedih ni kan..tak sanggup nak menangis depan kau. sesungguhnya kau adalah antara kawan yang terbest dalam senarai kawan-kawan..oh tidak sahabat...
terbaik dari yang terbaik pernah aku ada.sifat kau buat kami senang.nak di katakan semua coursemate sayang kau. alangkan abang2 n kakak2 gamelan sayangkan kau. inikan kami yang kenal aku since MAP..
Tuhan je tahu perasaan ni..lepas ni da tak da orang yang boleh teman aku pergi seroja, naik bas ke seroja untuk pergi kelas english.lepas ni da xde orang da nak ajak makan pizza dengan kami, sebab kau sorang je suka makan pizza.lepas ni da xde geng da nak makan banyak2. lepas ni da xboleh da pergi gamelan sama-sama. tengok kau main gendang dengan jali. lepas ni da takda orang da nak bagi plaster cute kau tu..soletep comel kau..lepas ni da xde orang da nak masakkan spagety untuk kami.acik taw masak megi je...haha..
lepas ni, aku ke yang kene kejut acik pagi-pagi?nanti acik lambat pergi klas...da xde sape da nk kejut dia..lepas ni. lepas ni xtahu macam mane kami, kalau acik sentap?aduh, camner nak pujuk dia.?aku da la xtahu nak pujuk..lepas ni, sape nak tolong kami programming?sapa nak tolong buatkan. lepas ni xdapat da dengar lagu2 musical dari hp kau. lepas ni sapa nak buat bising dengan aku, acik, n wirda yang memang mulut longkang tu...n all d biatch and asshole..i miss that word meyh...lupe nak suroh kau cakap biatch n asshole before kau naik flight tadi...wah~! banyaknyer...lepas ni xda sahabat yang dapat tahan perangai kami yang slalu lambat.kau lah yang paling banyak sabar layan kitorang semua.yang lain sume xsabar cam kau.
sedihnya bila nak cakap. tapi inilah aku..kesedihan aku. xsape yang  nampak. aku hanya meluah melalui penulisan ni. aku xmampu nak kate pape. apa yang aku tahu. kau adalah sahabat terbaik bagi kami the 7 sins.
insyaAllah, aku ingat pesan kau, bila berjaya, biar semua tujuh2 berjaya, aku akan cuba jaga mereka sebaiknya.memang rasa pelik, kalau dulu tujuh orang, skrg ada 6 orang je??
malam kau buat show tu, aku tgk abg2 n akak2 gamelan happy je dengan kau, aku pun tumpang happy jugak, nampak mereka sangat saynag kat kau. betapa diri kau disayangi kat unimas ni...
plus...YOU ARE HOT AWAN~! haha..since u got many peminat kat dikalangan coursemate kite, haha
doa aku, doa kami satu family, semoga kau berjaya kat sana nanti, pandai-pandai bawa diri, sebelum buat pape fikir ibu ayah dulu, banyak2kan ilmu agama,n paling PENTING~!!! jangan CARELESS~! taw??
cam tadi,, nasib baik acik yang jumpe wallet 2,,kalau x??err,,,
KAMI SAYANG KAMOO AWAN~!!




with love
aku

Sunday, August 29, 2010

kamik sayang kitak orang~

bila nak di ingatkan balik...sedih sanagt...dia bakal pergi tinggalkan kami. terbang ke awanan melanjutkan pelajaran. adakah sebab namanya seperti awan, berlalu dan terbang apabila di tiup angin? walau apa pun, kau ak dah anggap macam family baru kat unimas ni. tempat kami mengadu nasib, suka, duka. ya Allah  tak ternilai harga sebuah persahabatan, hanya akan dapat dirasai bila kita betul-betul menghargai nilai sebuah persahabatan.
Allah dah tunjukkan aku, siapa kawan yang di kala kita gembira dia ketawa bersama, dan dikala kite duka dia menangis bersama. adakah aku akan jumpa lagi kawan yang boleh sayang kita sama macam kita sayang kita. jaga kita sama macam kita jaga kita. susah sangat nak cari kawan macam tu. hanya berharap, dia takkan pergi meninggalkan kami, tapi itu semua adalah mimpi yang takkan menjadi kenyataan. bukan mendoakan supaya dia menolak tawaran tu, tapi sebab terlalu sayang sampai xsanggup nak berpisah.persahabatan yang terjalin dalam masa yang sangat singkat. padahal baru 2 bulan kami berkawan tapi tu lah, bila kita betul-betul menghargai seorang sahabat hanya kita saja yang rasa macam mana dan sedalam mana kita sayang kawan yang bernama sahabat. doa kami untuk kau, agar kau gembira, sabar dan tabah menjalani dan melalui dugaan  yang bakal kau hadapi di negara orang nanti.sesungguhnya sayang kami terlalu besar sehingga tak terunggkap dengan kata-kata,
jaga diri, jaga maruah kau, n family kau terutamanya. apa-apa pun fikir family kau dulu sebelum kau bertindak, sesungguhnya kalau kau fikirkan mereka, InsyaAllah akan dipermudahkan jalan hidup kau semudah hari-hari yang bakal kau lalui.

lagu ini untuk KitA dan kAMi,,,


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa

Teringat di saat kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita

Ada cerita tentang aku dan dia
Dan kita bersama saat dulu kala
Ada cerita tentang masa yang indah
Saat kita berduka saat kita tertawa



with love,
seorang aku..

Sunday, August 22, 2010

to-do-list ~


·         Assignment cognitive psychology- case study 1
·         Discrete structure – the novice
·         Introduction of cognitive science-  experiment 2( the gender of the brain)
·         Linguistics- parts of speech
·         TITAS- group assignment
·         TMX- project work
·         C Programming

Friday, August 20, 2010

terima kasih Ya Allah...

alhamdulillah..hari ini genap umur aku 20 tahun..dah tua rupanaya aku...dalam masa yang sama aku terfikirrsepanjang aku hidup didunia ini berapa banyak amal yang aku dah buat..dosa?

 ya Allah..Kau ampunilah segala dosa-dosaku,dosa-dosa kedua ibubapa ku, dosa-dosa adik-beradik ku, dosa-dosa sahabat-sahabat muslim ku, dosa-dosa seluruh umat islam..Kau kuatkanlah iman ku, Kau tetapkanlah iman ku, kau berilah aku kekuatan dalam menempuhi segala dugaanMu, kerana aku tahu, dan aku percaya bahawa Kau tidak akan uji seseorang umat Mu jika dia sendiri tidak mampu menanggung dugaan itu. aku bersyukur atas segala nikmat yang Kau berikan. Ya Allah, Kau berikan kekuatan kepada ibuku, Kau tenagkanlah jiwa dan hatinya, Kau kembalikanlah kewarasan akalnya, aku mohon padaMu Ya Allah, hanya Kau saja yang tahu apa yang terbuku di hatinya, kerana aku hanya insan biasa yang tak dapat membaca sedalamnya hati dia. kerana aku sangat rindu akan kasih sayangnya. walaupun sekejap ya Allah, alangkah indahnya ya Allah..kerinduaanku padanya, hanya Kau saja yang tahu perasaan ini ya Allah, ya Allah, kau kuatkanlah hati abah ya Allah, dalam menempuh dugaan yang kau berikan, kau berikanlah abah kekuatan atas segala masalah dan rintangan yang akan dan bakal abah tempuhi, kerana dialah satu-satunya tempat aku bergantung selepas dugaan yang Kau berikan kepada ibu ku ya Allah,aku redha dengan ketentuanMu, aku redha, kerana aku tahu, selagi aku sabar dan redha dengan dugaan yang Kau berikan,kerana Kau akan mempermudahkan perjalanan dalam menempuh dugaan ini. Kau perkenankanlah doa aku Ya Allah, kerana Kau lah maha pengasih lagi maha penyayang.amin

dan hari ini juga, terima kasih sangat kat awan, acik, wirda jungo,syaza,kecik,n hani..thanx a lot for the indulgence. sedap sgt2.aku sayang korg sangat2. korg memang jiwa aku.tanpa korg,boring kot aku kat sini. to awan: be strong, jangan slalu sangat simpan perasaan,kalo nak luah bgtaw je kami, we were always be with u sayang,even aku baru je kenal kau kat sini n walaupun sebenarnya kita dah penah jumpa dan ak xingat pun, maybe jodoh kawan kita dah di tentukan olehNya, u r the best among the best, to acik, jangan sentap macam tu lagi, sebab sebagai kawan, kau kene terima seadanya sikap kawan, kalau kau boleh bergurau dengan orang lain, y kami xboleh bergurau macam tu, u know us better than others. to wirda, kau kawan aku 1st kat sini, walaupun kau bukan orang 1st yang aku kenal masa mula-mula datang unimas, tapi since the 1st day study bermula, kau orang pertama yang aku kenal, sayang kau sangat, we're frens till end, to syaza, jgn citer beriya sangat,haha,,kadang2 aku rase boring gila2 kalau tak de ko, honey, kamu maintain ayu k, and tunggu, nanti aku dress macam kau jugak..hahaha(tah bila zaman aku nak jadi ayu macam honey), to kecik, kamu sangat cute..haha,but then jangan garang sangat km control ur emotions..to all: inilah aku, korg kenal aku macam ni, korg tengok perangai aku macam ni, aku mmg suka menjerit, and kadang ak teringgi pitch bukan sebab ak nk marah tiba-tiba, tapi kadang2 pitch ak terlari sket, sorry banyak...yang kau tahu,
 I LOVE YOU GUYS SO MUCH~! love u guys more...n one more thing, i'm a secretive person.








speak up ur mind

Speak up ur mind~! Tiba-tiba je aku rasa nak bukak blog ni..memang dah lama dah ak berniat nak bukak blog sendiri. Tapi kemalasan yang melampau membuatkan aku rasa macam malas gila nak buat. Tapi tak tahu lah kenapa hari ni aku rasa macam rajin pulak. Maybe the words SPEAK UP UR MIND or maybe the spirits of mine? Apa-apa pun, 20th august 2010 menjadi saksi, aku berjaya buka blog sendiri walaupun dah dua tahun aku menanamkan azam nak nuka blog ni.(tiba-tiba aku rasa aku ni seorang yang pemalas)
Inilah aku.inilah tentang aku. Speak up ur mind. Akan menulis setiap apa yang tertulis di fikiran dan mindaku. Inilah diari seorang aku.