Friday, July 15, 2011

Semoga sinar selalu menyebelahi kami


Bila masing-masing punya kehidupan sendiri semua ambil remeh apa yang berlaku. Semua ambil ringan. Semua seakan-akan lepas tangan. Mereka tak rasa apa yang kami rasa. Untunglah, dulu semuanya lengkap, segala kelengkapan diri semua di sediakan, selalu di support. Tak rasa kehilangan sebab semuanya serba serbi lengkap. Tak kurang kasih sayang walau sedikit pun. Tiada bebanan. Tiada gangguan psikology yang boleh mempengaruhi semua compartment pemikiran. Bukan macam kami, seawal 12 tahun berfikiran seperti 24 tahun. Mengharap perkara-perkara mendatang yang baik . Di permudahkan segala urusan. Hanya mengharap belas kasihan bapa yang juga seperti emak kami sendiri. Kadang aku sedih mengenangkan nasib yang menimpa diri dan adik-adik. Sekuat ini dugaan yang di berikan. Ya Allah tabahkanlah hati-hati kami. Jangan mengeluh. Selalu aku bisikkan ada hati dan pemikiranku. Kerana tanpa hati aku tak punya emosi dan tanpa minda aku tak mampu menunjukkan emosi. Aku harus kuat. Jangan mudah kalah dengan segala permasalahan. Jangan mudah kalah dengan emosi kerana emosi diri aku mati. Ini semua kebesaran Nya. Aku minta kesenangan, Dia berikan aku kepayahan agar aku kuat dan tabah serta tidak leka dengan kesenanganan yang bakal Dia berikan. Ya  Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui setiap apa yang Engkau rencanakan dalam kehidupanku ini.

Mood: aku sedih.


4 comments:

  1. Jannah, antara waktu-waktu orang yang mustajab doa dia, adalah waktu orang berpuasa sehingga dia berbuka puasa. InsyaAllah, kalau nak doa lagi ,waktu iut lah antara mustajab.

    Aku doakan kebaikan untuk kau. ;)

    ReplyDelete
  2. kekuatan bukan dtg dari kemampuan fizikal, tapi ianya datang dari semangat yg tak pernah mengalah. jgn pernah Penat jannah ! be strong k :)

    ReplyDelete
  3. thank you tiha! :) will never be lose to mind. we the one who control it..thanks a lot buddy! :)

    ReplyDelete