Tuesday, August 9, 2011

Allah will never hurt us


Kadang kala kita kena redha dengan apa yang kita dapat. Kadang tu kita rasa kita dah cukup berusaha, cukup yakin dengan apa yang kita usahakan, tapi di takdirkan kita gagal. Dalam waktu tu apa yang kita perlu buat  adalah redha. Redha dengan ketentuannya. Kerana tak semua yang kita mahukan akan pasti jadi milik kita. Dalam keredhaan di situ pastinya ada keberkatan. Keberkatan yang hanya tak semua orang rasai. Nikmat itu sesungguhnya sangat sukar untuk diungkapkan dengan kata. Allah itu Maha Adil. Ada manusia yang apabila dia meminta sesuatu dan usaha, Allah terus bagi, terus rasa nikmat itu. ada juga yang Allah nak uji kesabaran dan keimanan seseorang itu. setelah berusaha sehabis baik tapi Allah masih lagi menduganya. Bukan sebab Allah tu tak berlaku adil, Dia Maha Adil, Maha Bijaksana, tetapi anggaplah dugaan yang diberikan itu adalah untuk kesenangan kita pada masa hadapan. Aku pernah terdengar ungkapan yang berbunyi, semakin kita diuji dengan dugaan, semakin dekat kita dengan rahmatnya. Dan perasaan bila di duga itu hanya Allah saja yang tahu, hati dan perasaan bagai diremuk, berkecai, punah harapan dan keyakinan yang dibina, seolah-olah merasakan bahawa diri itu seorang yang malang. Jangan! Jangan sesekali berfikiran begitu. Positifkan diri. Sudah termaktub apa yang tertulis. Buka hati, doalah sebanyak yang mungkin kerana Allah itu Maha Mendengar, Maha Memelihara, Maha Mengasihi segala apa yang kita lalui. Sempena dalam bulan ramadan ni, berdoalah sebanyak yang mungkin, kerana bulan ramadan adalah antara doa yang mustajab. InsyaAllah.Aku redha ya Allah.

 

Note: good luck for this coming test jann!  I know you can do the very best.penyakit gabra yang memang susah untuk aku atasi. Ya Allah, bantulah aku.

2 comments: