Monday, January 31, 2011

Sejarah berulang lagi.

Segamat banjir ma! Last time masa Segamat banjir aku tak dapat tengok depan mata sebab masa tu aku duduk rumah Klang and masa plan nak balik rumah Segamat sudah pun banjir. Rumah aku tak banjir la Cuma jalan utama nak menghala ke rumah aku terchenta tu tak dapat nak di lalui. Sampaikan abah tak boleh cuti sebab dalam zon kritikal. Terpaksalah kerja walaupun terpaksa pergi balik hospital naik helicopter dari padang high school Segamat* sekolah aku dulu*.

 And for the second time Segamat banjir lagi, aku tak dapat nak balik jugak sebabnya aku berada di Bumi Kenyalang menjaga keamanan Unimas terchenta. *ayat nak sedapkan hati tak dapat balik holiday* hmm… nak buat macam mana? Terima jelah dengan redha jannah.



Itulah yang selalu aku dok pk kan. Setiap perkara yang berlaku mesti ada hikmah kenapa benda itu terjadi. Contohnya, macam sekarang ni lah. Mungkin betul tindakan aku. walaupun instinct aku kuat untuk balik cuti CNY ni, tapi disebabkan factor-faktor tertentu aku batalkan jugak hasrat aku untuk pulang ke rumah even dah banyak kali dah aku bukak tutup page AirAsia sebab tiket tersangat murah gila kentang tahap infiniti untuk pergi balik KL-Kuching, sampai AirAsia tu dah memang jadi front page dalam notebook aku ni. Mana tak nya, 60 hengget ++ pergi balik Kuching-KL. AirAsia buat promotion untuk CNY. Sapa taknak weyh. So, sapa2 yang nak plan pergi cuti-cuti Malaysia kat Sarawak, rajin2 lah tengok page AirAsia sebab AirAsia selalu buat promotion. Kadang2 promotion diorang ni macam tak logic pon ada sebab lagi murah dari tiket bas yang selalu korang naik tu. Haha! Jangan tak caya. Memang bagus tag line AirAsia tu, “now everyone can fly”. Okay! Cukup promote AirAsia and Sarawak.
jambatan ni menghubungkan rumah aku dengan bandar utama di segamat.
kalau jambatan ni tenggelam kritikal lah segamat.
p/s: zaki aku ambik pic ni dr profile kau. hehe


Hah! Sambung story pasal banjir lagi. Ha! Walaupun membuak-buak perasaan jeles aku pada adik beradik yang lain sebab ke-excited-an mereka nak kemas rumah untuk pindah ke rumah baru  tapi aku tabahkan hati jugak stay kat Unimas terchenta ni. aku selalu je miss family events. Selalu macam tu, since aku study kat matrix Malacca lagi. Mestilah ada je salah sorang member family yang tak ada. Haih! Aku nak jugak rasa kemeriahan dan kesengsaraan para mangsa banjir tu kan. Bukanlah aku mintak nak jadi kat aku, tapi aku nak rasa situasi dan keadaan masa tu macam yang Adik selalu cerita last time masa Segamat and Johor banjir besar. Nak merasa kebulor di tahap gaban sebab bekalan makanan terputus, dan hidup dalam kegelapan sebab punca elektrik terputus  sebab banjir. Dan disebabkan banjir jugak kawasan bukit dan tinggi dah macam pulau sebab terpisah dari bandar utama dimana terletaknya makanan2 sedap dan tak berkhasiat seperti McD dan Pizza. Hehe! Aku nak sangat tengok depan mata aku dan rasa pengalaman tu sendiri. apa yang menyebabkan aku teringin sangat2 rasa benda2 macam tu sebabnya kejadian tu berlaku dekat dengan kawasan tempat aku membesar, tempat aku main2, berpoya-poya, beronggeng-ronggeng dari kecik sampai la aku masuk university la ni. sebab berkemungkinan besar aku tak kan dapat rasa benda2 tu semua lagi sebab lepas ni kami sekeluarga akan menetap terus di Klang. Walaupun Bandar Segamat itu takde lah maju sangat macam daerah2 lain kat Johor, tapi pada aku tempat tu gila banyak memory aku dengan family dan kawan2 aku dari aku kecik sampai besar. ish! Tak adil betul pembangunan kat Johor ni. dalam banyak2 daerah, Segamat yang paling lambat membangun. Dari aku kecik sampai besar. Camtu jugak. Panggung wayang dari ada terus takde. Batu Pahat pun lagi maju dari Bandar Segamat. Lately je barulah nak ada Secret Recipe. Ceyh!* MB Johor, sila ambil tindakan drastic.* Bila orang tanya apa yang best kat Segamat? Terkial2 aku nak jawab. Yang aku confirm aku boleh promote yang best kat Segamat ialah JAKEL TRADING! Gedung kain terbesar kat Segamat. Kahkah! Harganya lebih murah dari franchise yang lain. Mari2! Datanglah ke Jakel Segamat. Promosi hebat! *Lokman, sila bagi commission kat aku. aku dah tolong promote Jakel Trading ni. dapat Ariani selai pon okay weyh! Hikhik!* ouh! Sungguh jauh aku melalut dan mengarut.

Dan! Dan! Dan! Aku rasa lagi lambatlah proses untuk pindah rumah sebab kemungkinan besar rumah baru yang terletak kat Kg. Jawa berdekatan dengan rumah Amus tu pun banjir. Haha! 

*amus, phia, zaki, pka! Rumah korang banjir tak?haha! Korang2 yang dah balik ni seronok la yer, sambung cuti sampai jalan utama bukak, and pada yang tak balik lagi, sila duduk di u anda diam2.ngehehe..*

 So, tak dapatlah nak kemas dan angkut barang-barang ke rumah itu. dan! Dan! Dan! Kerja-kerja dan pengurusan kelapa sawit abah yang sudah tertanam dan menjadi perhiasan halaman rumah di rumah dekat jalan kolam air tu pun terpaksalah ditangguhkan sebab sudah comfirm kebun dekat sri rahmat and kg. jawa di tenggelami air. Rasa-rasa macam buah kelapa sawit tu boleh petik sendiri kat halaman rumah kan. Tak payah upah pekerja. Jimat! Idea yang bernas! Haha!

Tapi kan! Tapi kan! Makin beratlah hati abah nak pindah duduk kat Klang. Tak pe, mungkin ada sebab dan musabab kenapa perkara itu terjadi. Dan mungkin juga ianya petanda baik yang memberi jawapan kepada musibah yang menimpa emak. Atau juga mungkin itu petanda kepada kelalaian manusia yang sering lupa dan alpa pada Nya. Satu peringatan kepada aku dan yang lain. Atau pasti ada perkara lain yang Allah nak tunjuk yang kita sendiri tak nampak. Dan! Dan! Dan! Kalaulah aku balik jugak CNY holiday ni, sudah kompom2 aku tak dapat balik Sarawak balik sebab tersangkut dek banjir yang melanda sekarang ni kan. Dan itu yang aku nampak pengajaran dari holiday ni. *lagi sekali ayat sedapkan hati.* Haha! Eh2! Tak2! ni betul2 punya. Aku redha tinggal kat sini untuk holiday ni. Ngee~

Pape pun. Aku doa supaya keluargaku dan seluruh mangsa banjir dalam keadaan yang selamat, di jauhkan dari segala musibah. Waktu banjir macam ni, macam2 perkara boleh berlaku. Abah! Take care! Kerja elok2 okay!
Eh! Eh! Aku lupa daa… Abah dah pencen la on 21st January 2011. Aiya!  *tepuk2 dahi* Happy Holiday abah! Tak perlu bangun awal2 pagi on call if ada case.

Eh! Adik! Kau tahu? Aku kat sini asyik je rindu kau dengan Damia. Kenapa ek? Ish2! Buat aku nak nangis jer taw. Kau buat guna2 kat ak eh? Hehe! Miss you more dear!  

note: tengok2 kaki, Ya Allah,gelap dah kaki aku sejak balik Sarawak. "Kau patut bersyukur kat sini tak banjir macam kat hometown kau", Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment