Sunday, February 20, 2011

Saya Nak Join Aktiviti Macam ni Lagi !!!

WARNING! "Entry kali ini adalah sangat panjang dan banyak mengandungi unsur2 melewar. Harap maklum"

Pagi tadi aku bangun awal la weyh! Jangan tak caya. Ingat senang weekend aku nak bangun awal? Pepagi buta dah mandi. Macam nak pegi kelas pukul 8. Haha! Itu pun bersebab. Ada makhluk kejut aku pukul 7.30 pagi. Bukan makhluk lain tu okay! Ni ha. Makhluk kat bawah ni ha. Haha! Dia pun di kira makhluk kan? Anda rasa dia makhluk tak?

haha! gotcha! ni lah makhluk itu aka encik tenaga pengajar. 
Awal2 lagi muka pacek ni dah interprame kat blog aku. Haha.
First dia call memang aku ingat bunyi message masuk. Tapi macam pelik je bunyi lagunya. Fikir jap. Nak kate alarm, bukan. alarm bukan bunyi lagu tu. Ouh! Call masuk la! Habis lagu twist and shout by the beatle. Tak sempat nak angkat call. Tengok hp. Aik! Kenak nya call aku pepagi bute ni. Aku call balik. Rupanya ajak aku main gamelan. Aku pun okay je lah sebab aku memang nak main pun. Ajak syaza tak nak sebab dia memang nak tidur. Aku ajak kecik. Okay! kecik dah bangun. Boleh teman aku. lepas siap2 dalam pukul 8.20, dia jemput kat bus stop Bunga Raya. Naik kereta. Bingung! Mana mamat ni nak bawak? Kata nak main gamelan. Ish! Da terlepas dah kampus timur tu ha. Aku diam je lah sampailah sampai ke destinasi. Aku pun tak sure kat mana tempat tu. Yang aku sure ada nama laut camtu la. Tah la! Apatah. Tapi macam ada event la. Event Hari Belia Negeri Sarawak. Sampai sana, tengok ada banner unimas. Okay faham. unimas pon join event tu. 

Aku nampak ada gamelan set kat booth Unimas. Okay! meragukan. Merapatkan diri ke arah encik tenaga pengajar dan berkata, “ Apa yang sedang berlaku ni? Cuba bagitaw? tak fahamlah.”. Lalu dia pun berkata, “main gamelan lah.” Hell! No way man! Main gamelan kat sini okay. Okay fine! Memang aku nervous giler la bai! Aku mana pernah main kat event2 macam tu. Aku ingat dia ajak pegi  main gamelan kat bayu tu ha. Ish! Penerangan tak jelas la encik tenaga pengajar! Sangat tak jelas Okay! bengang sekejap.

Hati di tenangkan dengan bermain game dan melihat keadaan sekeliling. Ish! Ada giler! Main kat dewan kecik tu pun aku nervous ni ha nak main kat public. Lagi la cari pasal. Bila sampai masa main, dia suruhnya aku main bonang. Manalah aku nak kan. Kang salah macam mana? Aku ni mana la pro dan gempak dan hebat macam dia main. So aku menolaklah. Aku main saron je. Senang siket, pukul sekali je. Tapi lepas first lagu timang burung macam enjoy la. Tak rase takut pun. Nervous pun takde da. Next song topeng. Lagi lah best. Lepas lagu togok diorang kate nak main lagu perang. Aku pun dengan excitednye mintak tukar dengan jali nak main bonang. Best2! Tapi satu lagu je la aku main sebab lagu2 lepas tu memang susah and aku tak sempat lagi belajar. *menyesal aku tak main bonang dari awal. Boleh interframe kat camera orang sebab masa mula2 main pagi tu ramai orang berkerumun dan ambek gambaw ow! Haha!* okay! sudah2 lah nak bajet hot kan.

ini adalah salah seorang pengunjung2 yang datang ke booth unimas.

Event tu habes tengah hari. Lepas lunch kemas2 sume. 2 kali trip nak hantar barang2 gamelan tu. First trip dah jalan. Yang lain pun dah balik. Tinggal aku, kecik, encik tenaga pemgajar dan kak unn dan beberapa staf bayu dan unimas dan orang awam. *haha! perlu ke mention orang awam tu?* Mula rasa boring. Encik tenaga pengajar ajak buat ‘show’ sendiri. Goreng lagulah. Sebab aku sangat jeles tengok dia main bonang dengan sangat hebat dengan bunga2 cinta bagai, aku buat special request, dia main lagu dayung sampan and aku nyayi. Haha! Tapi aku buat iklan MCD tak berbayar kat situ. Nyanyilah aku lagu bubur ayam mcd ulang2 sampai habis. Korang penah dengar tak lagu tu? Yang iklan mcd buat masa promote bubur ayam mcd masa mula2 dia keluar dulu. Ha! tu lah dia lagunya.

And masa tengah syok dan khusyuk melayan giler nyanyi lagu tu, aku tak  perasan ada orang tengok aku and the gang melalak2 nyanyi lagu tu. Sampailah orang yang melihat dari jauh tu datang ke tempat kitorang. Oh man! I’ve been stalking man! *kau ingat kau hot sangat ke jann?haha!* Aku tak ingatlah ayat dia macam mana kan, tapi lebih kurang macam ni lah,” tertarik dengan lagu bubur ayam tadi”. Ouh, shit man! Dia dengar ke? Haha! Bergelak kecil. Okay fine! Giler malu aku. Sebab memang aku sorang je yang nyanyi lagu tu. Tak de orang lain dah. *macam hot stuff je kitorang kat situ an. Haha!* Okay stop perasan dan berperasaan! Then dia request lagu. Dengan segan pilunya dan lemah gemalainya , aku ketuk la bonang tu main lagu topeng. Haha! Bajet hot kejap kan!  Siap ada orang request lagi taw. Macam artist gitu. Haha! Nang bajet cool kaw jannah! Tapi still sebenarnya aku nervous, tapi tak se-nervous sebelum ni la sebab tu main suka2 je kan. 

Lepas stalker tu pergi, sambung lagi main. Aku sambung tuntut ilmu dengan encik tenaga penagajar. Main lagu lain yang aku tak pernah main. Lagu inang cina menjadi pilihan. Setelah di kritik dan di kutuk oleh orang2 sekeliling yang agak profesional sebab asek ulang benda yang sama dan asek salah dan di suruh bermain dengan bunga2 bajet cam aku HEBAT sangat macam orang tu kan,* saya sedar keupayaan saya. Ecece! Merendah diri ek kau* akhirnya aku berjaya juga main lagu tu sampai abes. Hmm, boleh la. Just need more practice and practice. Lepas tu, lori unimas pun sampai. Punggah barang semua. Then balik. Aku tak pernah lagi naik kenderaan unimas selain dari bas. So balik tadi naik van unimas. Rasa macam berbangga2 berbakul2 jadi warga Unimas. Hehe. Unimas ada buaya, kau ada? Haha! Okay! tak de kene mengene. 

But then credit to him, pacek tenaga pengajar. At least aku berpeluang untuk pergi ke event macam ni. pengalaman menjadikan kita lebih mantap, hot dan bajet cool kan? Haha! Tqvm! Arigato! Arios!

p/s: kalau ada lagi ajak la saya lagi ye..hehe

Note 1: stalker tu boleh tahan nsem okay! haha! Tapi aku tak cair pun, hati wa skung kering la bai!
Note 2: credit to syaza and my roommate coz dah tolong aku buat ayat vokegedevaz untuk assignment bm. Syaza! Sila jeles. Haha!
Note 3: yes! syaza. i admit it to.  Sarawakien boy nang kacak bha!


3 comments:

  1. hati wa kering???hehehe..jgn kering2x..x bek..cool jerk..hehehhe..

    ReplyDelete
  2. hahhaha..semoga ko bahagia ngn alam muzik ko..hahaha...bes xduk sarawak??nyaman ka??hahha..

    ReplyDelete