Saturday, October 16, 2010

SECRET

Baru seminggu, macam-macam benda nak rahsia dengan aku. macam-macam benda yang aku tak tahu. bila korek punya korek baru nak cerita. hmmm...tahulah aku ni duduk jauh, aku pun tahu mereka tak nak aku risau sangat sebab nanti mesti aku tak concentrate nak belajar,mereka pun tahu aku macam mana kalau tak ada mood tapi aku pun ada hak nak tahu semua tu kan. aku pun ahli keluarga mereka jugak kan. aku tak adalah nak kata aku nak kecil hati ke apa ke, tapi macam sedih la, kalau ada apa-apa, share je lah dengan aku, tak perlulah nak rahsia. tadi call adik, adik cerita semuanya, mak makin ok, makin bercahaya, semalam ada event, majlis untuk emak, penghabisan solat hajat untuk emak selepas seminggu berubat berturut-turut. abah buat doa selamat and sedikit makan-makan. alhamdulillah. tapi tak ada pun bagitahu aku. aku tahu pun dari wall post akak aku, tu pun sebab Sayang(cousin aku) post kat wall akak aku. semua orang nak simpan rahsia. and last 2 days, mama(mak mentua angah masuk hospital sebab ada infection kat paru-paru).

hmmmmmm....aku harap semuanya akan kembali ok dan normal nanti. kesian angah, nak melayan kerenah Amar yang nakal gila tu. Kitorang adik beradik jelah yang faham. no wonder lah kalau Kak ila(kak ipar) selalu minta tolong dengan kitorang. aku doa semuanya akan baik-baik je. tak nak dah sedih-sedih. cuma berharap supaya kami sekeluarga sabar dan tabah dengan dugaan yang DIA berikan. dalam jangka masa mak sakit ni, terlalu banyak dugaan yang kami tanggung. aku harap semua ahli dalam family sabar dengan dugaan ni. sebab aku masih ingat pesan mak, " Allah sayang orang yang sabar".
i really miss all of them.sabar ok!

No comments:

Post a Comment