Wednesday, November 3, 2010

aku rindu orang gila ni


Tadi, aku terbaca la blog sorang member aku ni. Khairina namanya. Tapi I used to called her Khai. Aku rasa macam nak gelak guling-guling jek bila baca blog dia. Sumpah sampai sekarang terngiang-ngiang dia punya pe’il(perangai) dia masa kat matrix. Orang yang sangat gila, lagi gila dari aku yang gila ni.haha. and tibaa-tiba  aku rindu gila kat dia, sebab dia selalu mengarut-ngarut dalam kelas. Kadang betul kadang tak betul, tapi selalunya memang tak betullah. Nak-nak time nak balik cuti. Tak payah cita pasal cuti panjang-panjanglah. Setiap kali hujung minggu, hari jumaat terutamanyalah, mulalah dia buat perangai gila dia tu. Jiwa dah kat rumah dah. Sebab memang tiap-tiap minggu dia akan balik rumah, except kalau ada apa-apa event yang melibatkan dia, baru dia tak balik. Kalau tak balik pun, parents dia mesti datang punyalah jenguk dia, sebab Khai ni seorang yang ngegegh! Haha. Banyaklah cerita yang mengingatkan aku dengan dia. Dia banyak bagi aku nasihat lagi-lagi dalam bab-bab agama. And aku rindu sangat-sangat nak dengar cerita dari dia, sebab kat sini, tak ada sapa nak cerita pasal benda-benda tu lagi. Lagi satu dalam beg  dia tu selalu je ada makanan except bila dia puasa je tak ada makanan. Selalunya yang dia bawak ialah biskut munchy’s coklat or hazelnut tu dengan air mineral. Tapi sejak bila tah dia pesan, kalau dia bawak biskut aku kena bawak air  and bila aku bawak biskut dia kena bawak air. Tapi selalunya dia yang bawak dua-dua sebab aku ni pelupa and pemalas nak bawak benda-benda tu. Tapi selalu aku bawak biskut jelah. Air jarang-jarang sekali nak bawak. Hah! Lagi satu, dia  suka tidur dalam lecture. Memang favourite lah. Kadang-kadang aku pun terikut ngantuk sekali. Kalau dah ngantuk nanti mulalah dia, “Jajan, urut belakang aku, sakit. Aku rasa cam ada angin je tapi tak boleh nak keluar angin tu”. Nanti aku pun mulalah ketuk-ketuk, tumbuk-tumbuk belakang dia. Nanti tak ngantuklah dia. Tak pun urut-urut tangan dia asal jangan bagi dia ngantuk. Sebab kalau dia ngantuk aku pun akan ngantuk jugak. Walaupun kami bukan satu kelas, tapi dalam lecture aku lagi selesa berkepit dengan dia dari classmate aku yang lain. Sebab senang kot dengan dia. Sebab classmate aku yang lain(yang perempuan) suka diam je. I mean concentrate gila dalam kelas. Aku bukannya jenis camtu,ngantuk kot. Nasib baiklah ada minah gila sorang ni. Haha. Lagi satu, kalau pergi bilik dia, macam-macam ada, complete! Macam duduk kat rumah sendiri. Cuma satu je dia ni. Dia tak suka lipat baju. So, sebab tu mak dia beli an kotak baju untuk dia sumbat semua baju yang ada dalam kotak tu. Tak adalah nampak sepah sangat. Hoho! Sorry lah yer Khai terkutuk terngata kau kat sini. Tapi seriously, aku rindu gila nak gelak ngan kau yang tak betul tu. sekarang ni, aku di Unimas and dia di UKM.Aku harap apa yang kau impikan and doa selama ni akan jadi kenyataan suatu hari nanti. Nanti kau kawin jangan lupa bagi kad VVIP untuk aku okey!  All the best Khai!miss you more! Love you more Khai! you were always be my best buddy ever.




ni lah orang gila yang saya cerita tu.haha!


No comments:

Post a Comment