Friday, November 26, 2010

once you hate something you will change something

Orang kata, jangan menyampah satu benda tu sangat-sangat, nanti kene balik pada diri sendiri. Ha! Tadi lepas exam linguistics, aku keluar pergi beli souvenirs untuk family akulah. Cam biasalah, ikan terubuk dengan kek lapis. Tapi kali ni, disebabkan bukan hari raya, permintaan kek lapis adalah sangat sedikit, so aku tak adalah nak borong berbakul-bakul kan. Kali ni aku borong ikan terubok. Ambik kau! 30 ekor sekali aku borong.haha! mulut kene manis kan beli nak harga murah an. So dapatlah aku borong ikan terubuk dengan harga yang aku nak. 5 ekor 30 hengget. Harga dah naik sikit sebab musim tengkujuh an. (Yeker?? Tah!agaknya kot!) Tak ramai nelayan nak turun laut dalam. Ceyt! Mandai-mandai je aku wat kesimpulan sendiri. Tapi betullah kan. Memang musim tengkujuh kan?(kot!?haha!). Sebelum ni, aku dapat beli dengan harga 20 hengget untuk 6 ekor. Tapi ni pun dah kira murah sebab ikan tu baru satu hal plus agak besar la jugak ikan tu. Cam selalu aku beli la kan. Eheh! Pesal aku citer pasal ikan terubuk ek? Melalut dah. 

Ha! Ni nak citer pasal tulah, jangan nyampah kat something tu sangat-sangat. Nanti benda tu yang melekat kat kita. Aku nak bagitaw ni ha, aku cukup menyampah dengar lagu “kekanda adinda” tu. Sapa tah nyanyi atilia ek? Ye kot. Yang ada lirik “  tapi kanda mahu segera, dinda ingin berjaya dalam kerjaya, tapi kanda mahu cahaya mata, dinda belum bersedia, kanda dah beria-ria” ha! Tulah lirik yang paling aku ingat sekali! Haha! Seriously. Nyampah gila dengar lagu tu sebab lagu tu an cam ngegeh-ngegeh(ala-ala gedik camtu). Tapi lagu tu lah yang sering bermain dalam kepala otak aku. sampaikan tadi, masa beli souvenirs dalam kereta duk sibuk nyanyi lagu tu. Member-member aku yang dalam kete tu pun sebok nak nyanyi juga. aku pun layankan jugak. lepas tu aku pulak yang beria-ria nak lagu tu dimainkan lagi.dan2 jak kuar.haha! Sanggup ingat lirik mati-mati pasal lagu tulah. Adoi! Aku pun tak paham. Benda ni dah jadi 2 kali da. 1st masa lagu ariel AF tu, menatap matamu. Ek? Agaknya lah. Lagu tu pun aku boleh teringat liriknya dengan tak sengaja. Aku pun tak tahu. Dok perli ima suka sangat lagu tu, sampai diri sendiri pun da naik hapal liriknya. 

Ha! Kesimpulannya, janganlah kita ni nak menyampah-nyampah sangat. Tak baik. Allah tu Maha Berkuasa, Maha Mengetahui. Kalau dia nak tunjuk kita senang je. Benda tu datang balik pada kita. Bukan setakat pasal lagu je. Benda lain pun sama, setiap tindakan kita tu, mesti ada effectnya. Kadang Allah tarik nikmat yang kita ada, tapi Allah gantikan nikmat yang lebih baik dari nikmat yang sebelumnnya. Cuma kita je yang tak nampak. Apa yang Allah tarik tu, mesti akan digantikan dengan benda lain yang lebih baik. Percayalah. Apa yang penting adalah kesabaran. Sometimes, some things are worth it to wait! Renung-renungkanlah ye kawan-kawan. Dan selamat beramal! =))


mood: ngantok sangat-sangat lepas satu hari suntuk tak tidur langsung! linguistics punyer pasal! heh! zzzzzzz

No comments:

Post a Comment