Tuesday, March 1, 2011

biatchakaasshole??



Biatchakaasshole. Banyak yang bertanya kenapa nama blog aku sebegitu rupa. bagi mereka yang rajin dan rasa nak bertanya mereka dah tahu kenapa aku menamakan blog aku sebegitu. Dan bagi B dan S yang membaca blog ni mesti dapat agak kenapa aku namakan blog ni sebegitu rupa. Pada mereka yang tak tahu, aku tahu mesti korang semua memikirkan yang negative sahaja dari nama biatchakaasshole tu. Tapi tahu tak korang, nama nilah yang membuatkan aku rajin dan terbuka hati nak buka blog sendiri setelah lama memasang impian dan cita2  untuk bukak blog ni. ada cerita di sebalik nama biatchakaasshole ni. kalau tak, takde maknanyer aku bagi nama2 pelik camni. Justeru, kat sini aku nak cerita lah kesahnya Sebab ramai na dah orang salah faham pasal nama blog ni.  Dan aku tak nak lagi orang salah tafsir tentang nama blog ni lagi. Ianya juga memberikan impact yang buruk bagi blogger seperti aku.


Ceritanya bermula di sini. Ada seorang makhluk Allah ni, agak rapatlah dengan aku. dia ni aku kategorikan sebagai makhluk yang sporting and open minded which is sangat best la dan bolehlah melayan gila bersama. Di ikuti pula dengan seorang makhluk berjantina lelaki ni. dia ni aku kenal melalui makhluk yang aku kategorikan sebagai sporting dan open minded tu lah dan dialah anak mami dari kedah. Dan pada masa yang sama, aku ni berkawan dengan makhluk yang di ciptakan dari bumi kenyalang ni yang aku gelar makhluk Jungo dan semestinya lah berjantina perempuan. Seingat aku, kami kenal kedua-dua makhluk lelaki ni di bawah sepohon pokok dekat dengan bangunan chancellery. Waktu tu, kami sedang mencari group untuk subject Cognitive Psychology. Dan kebetulan, mereka memegang senarai nama untuk sesi lab untuk subject tersebut. So dengan tak berapa malunya, aku pun menegur kedua-dua mereka ni dan bertanyakan pasal group assignment itu dan dari situ dengan rasminya kami berkawan. Aku tak tahu bila jadi rapat. Tahu2 je memang dah selalu bersama.*sila jangan fikir bukan2 yer*. Since makhluk open minded ni ambik kelas English di timur which is sama tempat dengan aku, so aku dengan tak malunya mengajak dia untuk pergi sama2 ke kelas sebab masa tu memang tak tahu pun kelas kat mana. So dari hari tu, every Thursday kitorang akan pergi kelas English sama2. Tapi lepas makhluk open minded tu sambung belajar tempat lain, aku pergi kelas English sorang2 je. Sedih kan. hehe.



Ada lagi sorang makhluk perempuan ni yang aku gelar makhluk GG. aku tak ingat bila masa aku kenal dia. tapi yang aku dapat ingat balik, first aku jumpa dia di CTF 2 waktu orientasi. Dia ni masa tu aku gelar dia budak pelik sebab dia suka tetiba je ketawa. Kalau ketawa biase2, ayu2 tak pe lagi. Ni memang dah tahap rabak lah kalau dah ketawa. Dan sekarang sebab dah kenal dia macam mana, memang begitu perwatakannya. Sempoi dan tak kesah apa orang nak cakap yang penting dia jadi diri dia sendiri walaupun dia ni sebenarnya suka jerk nak sentap2 kan. Haha. Tampar nak? Tapi jadi rapat lepas orientasi faculty di Damai Resort dekat dengan Gunung Santubung. Since dia sama group dengan makhluk open minded tu, so dari situlah mulanya perkenalan kami berlima.
 

Sampailah satu hari dan aku memang tak ingatlah hari apa dan tarikhnya kan, makhluk open minded ni memanggil kami dengan panggilan Bitch and Asshole. Sebab apa tah. At first tak suka dengan panggilan tu, tapi lepas dari tu jadi kebiasaan untuk memanggil sesama kami sebagai biatch and asshole. Pada mereka yang tak tahu. Bitch and Asshole ni sebenarnya Cuma panggilan sahaja untuk memanggil seorang lelaki dan perempuan. Cuma dari segi tatabahasa dan sifatnya agak kasar la.  Tapi ada juga yang mengatakan bitch dan asshole ni untuk memanggil perempuan2 dan lelaki yang buruk akhlaknya. Anda faham kan maksud saya. Tapi in term of kami berlima, itu hanyalah sekadar panggilan. Panggilan sayang in term of kami berlima. Dan kami tak gunakan pun untuk memanggil orang lain selain dari kami melainkan orang yang dipanggil sebegitu betul2 jenis orang yang open minded dan kenal kami macam mana. dan panggilan itu tidak bermaksud pun untuk mencaci, menghina sesiapa. Ianya hanya panggilan semata-mata. Dan kami tak pernah pun ambik hati kalau ada diantara kami yang memanggilnya begitu. Dan dari hari itu, kami memanggil antara kami sebagai asshole dan biatch. Tapi sebagai singkatan, kami gunakan S dan B sebab senang untuk di sebut. Tapi since dua2 Asshole dah tak ada kat sini perkataan itu sudah sangat jarang di gunakan since kami pun cuba untuk kurang mengarut dan mencarut. Kadang2 je bila rasa nak guna, aku gunalah.

p/s: tapi tak bermaksud kami berperangai seperti the real assholes and bitches okay?

Aku tak ingat bila aku dapat gelaran S dan B. maksudnya B and S itu kedua-duanya merujuk kepada aku. maksud aku lelaki dan perempuan la. Since kantoi dengan makhluk pelik dan open minded yang aku pernah join silat suatu ketika dulu di matrik kot. Dan rupanya kami sebenarnya pernah berjumpa di matrik dulu dan aku pun tak pernah perasan sampailah terjumpa kami bergambar bersama untuk satu event di matrik dulu. *hot jugak aku kan masa tu kan? sampai makhluk open minded tu pun nak bergambar dengan aku. Haha. Okay! stop perasan!*  Dan mungkin juga perwatakan aku yang agak brutal dan kasar dan berani dan lebih aggressive nak dibandingkan dengan makhluk anak mami dari kedah tu kan. Yang si makhluk anak mami tu pun satu. Nampak jer macho, tapi perangai cam Biatch  mengalahkan aku. haha! tak suka panas, sangat metrosexual dan mengalahkan kami yang perempuan ni okay. dia paling tak suka bila panas sebab takut hitam. Haha! *gelak ada makna* lalala. Maaf yer. Hah! Dari situlah kot seingat aku, aku dapat panggilan tu.  


                And aku bukak blog ni masa 1st aku sambut birthday aku kat bumi kenyalang dan aku sangat terharu dengan surprise yang diorang bagi. Masa tu, kami plan untuk berbuka puasa di luar dengan hanya menyewa sebuah kereta proton saga berwarna putih milik staff Unimas. 7 orang satu kereta. Tak nak macam sardine plak kan. Tapi kami gagahkan diri juga untuk ke Spring. Lepas maghrib di sana, misi mencari makanan untuk berbuka di teruskan. Sementara menunggu yang lain, duduk aku di meja makan bersama rakan2 yang lain. Bila mereka sampai sebijik kek indulgence dari secret recipe which is my favorite pulak tu, dan waktu tu memang aku tak expect apa2 pun. Aku hanya termangu dan blur2 ayam jerk. Sangat terharu okay. Cuma tak sempat terharu sambil menangis sebab masih blur. Haha! Thanx a lot my dear friends. And malam tu jugak aku gagahkan diri aku menaip blog. dan di sebabkan surprise itu, aku berilah nama biatchakaaasshole sebab mengingatkan aku pada mereka semua. 


Aku pernah terfikir nak tukar nama url tu, tapi aku lupakan hasrat tu. Sebab memang asalnya aku buat blog tu sebab teringatkan mereka. Dan aku tak nak memory tu hilang. And aku pun pernah rasa malu nak publickan blog ni, tapi bila fikir balik, buat apa nak malu. Setiap blog ada identity mereka masing2 and tak terkecuali aku. Ni blog aku. ni cerita aku. suka hati akulah kan. Haha! Dan kalau aku tak ada satu pun gambar dengan mereka atau lost contact dengan mereka, at least nama blog ni sentiasa mengingatkan aku dengan mereka. Sebab merekalah kawan-kawan pertama yang buat aku kembali gembira dan gelak macam haram sejak aku datang kat bumi kenyalang ni. terharukan cerita  ni? haha!

And the only assholes yang rapat dengan kami kat unimas ni dah pun tinggalkan kami the biatches. Start from S yang open minded sambung belajar di Indonesia and next di ikuti dengan S atau lebih bersifat B yang bertukar University di Penang tinggal meninggalkan kami tanpa berita sampai sekarang. Hey B. kau sombong! Grrr! But I miss both of them so much!

Dan begitulah ceritanya mengapa dan kenapa aku memberikan nama blog ini sebagai biatchakaasshole. Dan harapnya lepas ni tak ada lagi makhluk yang menyalah tafsir blog ni lagi okay. Sekian.

Note: bitch= Babe in total control of herself.

2 comments:

  1. nice kak,..saye knal makhluk open minded tuh,.hahahahahahaha

    ReplyDelete
  2. haha! sapa makhluk open minded tu?anda kenal? hehe

    ReplyDelete